Marilah bersama kita renungkan kata-kata ini. * Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT. * Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. * Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat. * Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. * Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. * Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat. * Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. * Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat. * Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat. ……. TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat. * Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. * Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, * KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat. * Apabila manusia telah mengubah tabiat, * ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat. * Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat. * Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat. * Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. * Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat. * Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la * minyak gamat. * Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. * Semua nak tunjuk kuat. * Bila berjudi, percaya unsur kurafat. * Tapi hidup pula yang melarat. * Tali kasut dah tak berikat. * Rambut pun jarang sikat. * Yang perempuan, pakai mini sekerat. * Suka pakai baju ketat. * Suka sangat menunjukkan pusat. * Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. * Pakai pulak yang singkat-singkat. * Kadang-kadang ternampak benda ‘bulat’. * Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. * Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. * Duduk jauh berkirim surat. * Bila berjumpa, tangan berjabat. * Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. * Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat. * Usah peduli agama dan adat. * Usah takut Allah dan malaikat. * Yang penting apa kita nak buat? * Kita ‘bukti’ lah kita buat. * Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. * Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat. * Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat. * MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT. * Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. * Habis manusia telah tersesat. * Inilah dia fenomena masyarakat. * Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, * Marilah kita pakat mengingat, * Bahawa dunia hari ini makin singkat, * Esok atau lusa mungkin kiamat, * Sampai masa kita semua akan berangkat! . * Berangkat menuju ke negeri akhirat. * Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat. * Masa tu, sindri mau ingat. * Umur mu banyak mana mu buat ibadat…? * Zaman muda mu, apa yang telah mu buat…? * Harta benda anta, dari mana anta dapat…? * Ilmu anta, adakah anta manafaat…? Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
Semoga segala perlakuan kita semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh
Allah SWT pada setiap masa dan ketika.
“CABARAN MENDIDIK GENERASI 'Y' : ANTARA RUMAH DAN SEKOLAH” AHLI PANEL: USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL
( SAIFUL ISLAM TRAINING &
CONSULTANCY, PENULIS BUKU
“AKU TERIMA NIKAHNYA”)
&
WARDINA SAFIYYAH
( IBU, PENGACARA, PELAKON, MODEL &
ARKITEK HIASAN DALAMAN)
MODERATOR:
SDR. MUHAMMAD QAYYUM ABDUL RAOF
( PRESIDEN KHALIFAH YOUTH CIRCLE &
TRAINER KHALIFAH INSTITUTE )
17 OKTOBER 2010 (AHAD)
19 Zulkaedah 1431
Auditorium HUKM
Bandar Tun Razak, Cheras
9.00 pagi – 12.00 t/hari
ANJURAN
KHALIFAH MODEL SCHOOL
"Shaping Excellent Character"
Dengan kerjasama
KELAB WANITA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
GUGUSAN KESIHATAN
OBJEKTIF
1. Meningkatkan kesedaran ibu-bapa tentang potensi serta cabaran mendidik generasi Y.
2. Memberi kesedaran tentang peranan rumah dan seluruh keluarga dalam pendidikan.
3. Mewujudkan kerjasama antara rumah dan sekolah dalam pendidikan generasi Y.
4. Membantu membentuk generasi yang berjaya dunia dan akhirat.
AHLI PANEL
USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL
(SAIFULISLAM TRAINING & CONSULTANCY, PENULIS BUKU “AKU TERIMA NIKAHNYA”)
WARDINA SAFIYYAH
(IBU, PENGACARA, PELAKON, MODEL & ARKITEK HIASAN DALAMAN)
MODERATOR
SDR. MUHAMMAD QAYYUM ABDUL RAOF
(PRESIDEN KHALIFAH YOUTH CIRCLE & TRAINER KHALIFAH INSTITUTE)
ATURCARA
8:30 pagi Pendaftaran
9:00 pagi Majlis Bermula
- Alunan Ayat Suci Al-Qur’an
- Doa
- Ucapan aluan
9:30 pagi Forum Keluarga
”Cabaran Mendidik Generasi Y: Antara Rumah & Sekolah"
11:00 pagi Sesi Soal Jawab
11:30 t/hari Jamuan
12:00 t/hari Bersurai
BAYARAN:
RM 80 seorang
UNTUK TEMPAHAN TIKET, HUBUNGI:
Khalifah Model School:
03-42513386 (PN JEHAN)
03-42566810 (CIK FARAH)
012 3600165 (PN SHOMIRIZA)
013252336 (PN SITI)
Kelab Wanita UKM:
03- 91455051 (PN ROSNAH)
03- 91455154 (PN FAZLEEN)
03- 91455028 (PN HARIZAN)
0122810281 (DR SUZANA)KHALIFAH MODEL SCHOOL 427, Jalan 2, Taman Ampang Utama, |