assalamualaikum semue sahabat2 utmkl. Pada malam ini akan diadakan satu majlis bacaan yassin dan solat hajat sempena peperiksaan akhir.Mudah2han kita dapat sama2 mengambil bahagian. Kalau kita dapat meluangkan mase beberapa jam untuk menonton perlawanan bola sepak,kenapa tidak kita luangkan sedikit masa untuk beribadat kepadaNya...ke guane.... Majlis adalah seperti berikut : TARIKH : 11 NOV 2010 (KHAMIS) TEMPAT : SURAU KSJ ATURCARA MAJLIS : SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH BACAAN YASSIN SOLAT ISYAK BERJEMAAH SOLAT HAJAT BERJEMAAH ANJURAN MPP,PMI DAN JKM Sesungguhnya solat berjemaah ini besar pahalanya. sesuai utk kita mendapat dan mengumpulkan byk pahala memandangkan kita tidak mengetahui tarikh sebenar bila malaikat maut akan datang menjenguk kita. juga telah berkata Usman ra dlm satu hadis marfu', " siapa solat isya berjemaah sama seperti dia beribadah separuh malam. Dan siapa solat subuh berjemaah sama seperti dia beribadah sepanjang malam." Rasulullah SAW bersabda : " Siapa solat berjemaah sesungguhnya dia telah memenuhi lautannya dengan ibadah " Banyak kelebihan-kelebihan daripada surah Yasin yang disebutkan didalam banyak hadith-hadith. Adalah dikatakan didalam sebuah hadith, "Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin Allah s.w.t. akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak sepuluh kali." So,ayuh sahabat2. gandakan amalan amal ibadat kite ni sempena peperiksaan akhir ni(jangan beribadat mase exam je ye). Mudah2han Allah mempermudahkan segala urusan kita dan dipermudahkan untuk menjawab soalan peperiksaan nanti. InsyaAllah............ Sama2lah kita mengimarahkan surau KSJ kita pada malam ni ye~
BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT SEMPENA PEPERIKSAAN AKHIR
Marilah bersama kita renungkan kata-kata ini. * Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT. * Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat. * Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat. * Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. * Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. * Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat. * Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. * Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat. * Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat. ……. TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat. * Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. * Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, * KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat. * Apabila manusia telah mengubah tabiat, * ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat. * Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat. * Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat. * Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat. * Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat. * Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jer la * minyak gamat. * Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat. * Semua nak tunjuk kuat. * Bila berjudi, percaya unsur kurafat. * Tapi hidup pula yang melarat. * Tali kasut dah tak berikat. * Rambut pun jarang sikat. * Yang perempuan, pakai mini sekerat. * Suka pakai baju ketat. * Suka sangat menunjukkan pusat. * Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. * Pakai pulak yang singkat-singkat. * Kadang-kadang ternampak benda ‘bulat’. * Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat. * Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. * Duduk jauh berkirim surat. * Bila berjumpa, tangan berjabat. * Kemudian pakat lawan peluk siapa erat. * Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat. * Usah peduli agama dan adat. * Usah takut Allah dan malaikat. * Yang penting apa kita nak buat? * Kita ‘bukti’ lah kita buat. * Akhirnya perut kempis dah jadi bulat. * Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat. * Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat. * MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT. * Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. * Habis manusia telah tersesat. * Inilah dia fenomena masyarakat. * Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, * Marilah kita pakat mengingat, * Bahawa dunia hari ini makin singkat, * Esok atau lusa mungkin kiamat, * Sampai masa kita semua akan berangkat! . * Berangkat menuju ke negeri akhirat. * Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat. * Masa tu, sindri mau ingat. * Umur mu banyak mana mu buat ibadat…? * Zaman muda mu, apa yang telah mu buat…? * Harta benda anta, dari mana anta dapat…? * Ilmu anta, adakah anta manafaat…? Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
Semoga segala perlakuan kita semua akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh
Allah SWT pada setiap masa dan ketika.
“CABARAN MENDIDIK GENERASI 'Y' : ANTARA RUMAH DAN SEKOLAH” AHLI PANEL: USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL
( SAIFUL ISLAM TRAINING &
CONSULTANCY, PENULIS BUKU
“AKU TERIMA NIKAHNYA”)
&
WARDINA SAFIYYAH
( IBU, PENGACARA, PELAKON, MODEL &
ARKITEK HIASAN DALAMAN)
MODERATOR:
SDR. MUHAMMAD QAYYUM ABDUL RAOF
( PRESIDEN KHALIFAH YOUTH CIRCLE &
TRAINER KHALIFAH INSTITUTE )
17 OKTOBER 2010 (AHAD)
19 Zulkaedah 1431
Auditorium HUKM
Bandar Tun Razak, Cheras
9.00 pagi – 12.00 t/hari
ANJURAN
KHALIFAH MODEL SCHOOL
"Shaping Excellent Character"
Dengan kerjasama
KELAB WANITA
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
GUGUSAN KESIHATAN
OBJEKTIF
1. Meningkatkan kesedaran ibu-bapa tentang potensi serta cabaran mendidik generasi Y.
2. Memberi kesedaran tentang peranan rumah dan seluruh keluarga dalam pendidikan.
3. Mewujudkan kerjasama antara rumah dan sekolah dalam pendidikan generasi Y.
4. Membantu membentuk generasi yang berjaya dunia dan akhirat.
AHLI PANEL
USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL
(SAIFULISLAM TRAINING & CONSULTANCY, PENULIS BUKU “AKU TERIMA NIKAHNYA”)
WARDINA SAFIYYAH
(IBU, PENGACARA, PELAKON, MODEL & ARKITEK HIASAN DALAMAN)
MODERATOR
SDR. MUHAMMAD QAYYUM ABDUL RAOF
(PRESIDEN KHALIFAH YOUTH CIRCLE & TRAINER KHALIFAH INSTITUTE)
ATURCARA
8:30 pagi Pendaftaran
9:00 pagi Majlis Bermula
- Alunan Ayat Suci Al-Qur’an
- Doa
- Ucapan aluan
9:30 pagi Forum Keluarga
”Cabaran Mendidik Generasi Y: Antara Rumah & Sekolah"
11:00 pagi Sesi Soal Jawab
11:30 t/hari Jamuan
12:00 t/hari Bersurai
BAYARAN:
RM 80 seorang
UNTUK TEMPAHAN TIKET, HUBUNGI:
Khalifah Model School:
03-42513386 (PN JEHAN)
03-42566810 (CIK FARAH)
012 3600165 (PN SHOMIRIZA)
013252336 (PN SITI)
Kelab Wanita UKM:
03- 91455051 (PN ROSNAH)
03- 91455154 (PN FAZLEEN)
03- 91455028 (PN HARIZAN)
0122810281 (DR SUZANA)KHALIFAH MODEL SCHOOL 427, Jalan 2, Taman Ampang Utama, |
Antara kepimpinan yang turut hadir dalam mengisi program adalah seperti Tuan Guru Mursyidul Am, Tuan Guru Timbalan Mursyidul Am, Tuan Guru Presiden, Timbalan Presiden, ketiga-tiga Naib Presiden, Ketua-ketua Dewan, dan turut sama beberapa mantan Ketua Pemuda PAS Pusat. Turut sama murabbi Ustaz Dato Yahya Othman. 04.00pm - Pendaftaran peserta 06.30pm - Taklimat pengarah 07.00pm - al Ma’thuraat 07.30pm - Solat Maghrib berjamaah 08.00pm - Kuliah Maghrib ( Dato Tuan Ibrahim bin Tuan Man ) 08.50pm - Solat Isya’ berjamaah 09.20pm - Makan Malam 10.15pm - Majlis Perasmian ( Tuan Guru Dato al Mursyidul Am ) 11.30pm – Rehat ( 02 Oktober 2010, Sabtu ) 04.00am - Qiam al lail ( infiradi ) 05.40am - Solat Subuh berjamaah 06.15am - Tafsir al Hujuraat 1 ( Dato Sri Tuan Guru Presiden ) 07.00am - Makan Pagi/bersih diri 08.45am - Pembentangan 1 - PAS dan Tarbiyah Islamiyah ( al Fadhil al Ustaz Dato Yahya Othman ) Ulasan : Pengukuhan PAS melalui tarbiyah ( al Ustaz Nasaruddin Mat Isa ) 10.45am - Kudapan/rehat 11.15am - Pidato tarbawi 1 - Pilihan Raya dan Tarbiyah Jihadiyah ( al Fadhil al Ustaz Dato Abu Bakar Chik ) 12.15pm - Santai Ukhawi / Makan Tengahari 01.15pm - Solat Zohor berjamaah 01.45pm - Forum Tarbawi 1 - Memupuk Budaya Tarbiyah dalam PAS 1 - YB Hj Salahuddin bin Ayub 2 - al Ustaz Hj Nasrudin Tantawi 3 - al Ustazah Hajjah Nuridah Mohd Salleh 03.45pm - Rehat 04.30pm - Solat Asar berjamaah 05.00pm - Santai ukhawi / Makan Malam 06.30pm - al Ma’thuraat dan Tazkirah ( YB al Ustaz Mohd Nor Hamzah ) 07.30pm - Solat Maghrib berjamaah 08.00pm - Tafsir al Hujuraat 2 ( Dato Sri Tuan Guru Presiden ) 08.50pm - Solat Isya’ berjamaah 09.30pm - Pidato Tarbawi 2 - Palestin dan Tarbiyah Jihadiyah 1 - Wakil gerakan Islam luar Negara 2 - al Fadhil Dato Dr Haron Din 2 - YB Dato Hj Mahfuz Hj Omar 11.30pm - Rehat ( 03 Oktober 2010, Ahad ) 04.00am - Qiam al lail ( infiradi ) 05.40am - Solat Subuh berjamaah 06.15am - Tafsir al Hujuraat 3 ( Dato Sri Tuan Guru Presiden ) 07.00am - Makan Pagi/bersih diri 08.30am - Pembentangan 2 - Tarbiyah Harakiyah ( al Fadhil Dato Harun Hj Taib ) Ulasan : Mengukuhkan amal jamaie ( al Ustaz Hj Idris Hj Ahmad ) 10.00am - Forum Tarbawi 2 - DPP dan Tarbiyah 1 - al Fadhil al Ustaz Hj Zulkifli Ismail ( Dewan Ulama ) 2 - al Fadhil al Ustaz Hj Azman Shapawi Abdul Rani ( DPP Pusat ) 3 – al Fadhil al Ustaz Hj Ahmad bin Yahya ( DPP Kedah ) 11.30am - Rehat/kudapan 12.00pm - Resolusi Ijtima’ 12.30pm - Majlis Perasmian Penutup ( Dato Sri Tuan Guru Presiden ) HuHu...bestnya sape yang dapat pegi...aku nak p gak tapi akan daye keadaan tidak mengizinkan. Pepun,selamat berijtima' kepada semua yang dapat hadir. MURNIKAN PERJUANGAN,MAKNAKAN KEMENANGAN.. TAKBIR!!!!!!
"Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t
Di sini disertakan tentatif penuh Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2010 yang akan diadakan pada 1 - 3 Oktober 2010 / 22 - 24 Syawal 1431H di Masjid Rusila, Marang, Terengganu Darul Iman. Dengan tema "Melonjak Tarbiyyah, Memimpin Kemenangan", program 3 hari dan 2 malam ini akan membariskan pengisian dari kepimpinan tertinggi PAS.
( 01 Oktober 2010, Jumaat )
Program Gerakan Subuh di Masjid As-Syakirin KLCC pada31hb Ogos 2010 seperti butiran yang dinyatakan dalam poster yang dilampirkan.
Program Gerakan Subuh adalah satu program dalam program "Indahnya Ramadhan" bersama Masjid As-Syakirin KLCC, JAWI, Astro Oasis, DBKL, PDRM, UNGGAS/LANDAS, NGO Islam dan lain-lain.
Pihak Astro akan membuat rakaman sepenuhnya program bermula petang 30 Ogos hingga 31 Ogos 2010. Acara penuh program adalah seperti berikut:
6.30 ptg
Tazkirah Ramadan
7.26 ptg
Buka Puasa / Solat Maghrib
8.30 mlm
Solat Isya/Solat Terawih diimamkan oleh Imam jemputan khas daripada Mesir (sponsored by PNB)
9.30 mlm
Ceramah Khas oleh Imam Muda (sama ada Ashraf, Hizbur atau lain-lain)
10.30 mlm
Jamuan moreh
11.00 mlm
Program Outreach Dakwah Mendekati Remaja malam Merdeka
anjuran
LANDAS/UNGGAS PUMWP dan lain-lain NGO yang berminat
2.00 pagi
TAMAT
3.30 pagi
Qiyamullaill bersama Us Zulkarnain Hamzah (Astro Oasis)
5.00 pagi
Sahur
5.30 pagi
Zikir Munajat
5.52 pagi
Solat Subuh berjemaah
6.30 pagi
Kuliah Khas Subuh bersama Cikgu Azmi (Presiden TERAS)
7.30 pagi
Bacaan Iqrar (dipimpin oleh Dewan Pemuda Masjid)
7.45 pagi
Solat Sunat Dhuha
8.00 pagi
Bersurai
Bentuk kerjasama yang diperlukan di sini adalah:
Mohon jasa baik semua ahli sekretariat Gerakan Subuh untuk hebahan dan jemputan program melalui email/facebook/surat @ lain-lain kepada ahli persatuan/pertubuhan dll. Mohon jasa baik sekiranya dapat dikomfemkan jumlah kehadiran untuk memudahkan anggaran untuk jamuan sahur bagi mengelakkan pembaziran atau tidak cukup.
Sekretariat
013-6714932
Labels: Promosi