BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT SEMPENA PEPERIKSAAN AKHIR

3:16 PM / article by budok plose /

assalamualaikum semue sahabat2 utmkl. Pada malam ini akan diadakan satu majlis bacaan yassin dan solat hajat sempena peperiksaan akhir.Mudah2han kita dapat sama2 mengambil bahagian. Kalau kita dapat meluangkan mase beberapa jam untuk menonton perlawanan bola sepak,kenapa tidak kita luangkan sedikit masa untuk beribadat kepadaNya...ke guane....


Majlis adalah seperti berikut :


TARIKH : 11 NOV 2010 (KHAMIS)

TEMPAT : SURAU KSJ


ATURCARA MAJLIS :


SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH

BACAAN YASSIN

SOLAT ISYAK BERJEMAAH

SOLAT HAJAT BERJEMAAH


ANJURAN MPP,PMI DAN JKM


Sesungguhnya solat berjemaah ini besar pahalanya. sesuai utk kita mendapat dan mengumpulkan byk pahala memandangkan kita tidak mengetahui tarikh sebenar bila malaikat maut akan datang menjenguk kita. juga telah berkata Usman ra dlm satu hadis marfu', " siapa solat isya berjemaah sama seperti dia beribadah separuh malam. Dan siapa solat subuh berjemaah sama seperti dia beribadah sepanjang malam." Rasulullah SAW bersabda : " Siapa solat berjemaah sesungguhnya dia telah memenuhi lautannya dengan ibadah "

Banyak kelebihan-kelebihan daripada surah Yasin yang disebutkan didalam banyak hadith-hadith. Adalah dikatakan didalam sebuah hadith, "Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi Al-Quran ialah surah Yasin. Barangsiapa membaca surah Yasin Allah s.w.t. akan menulis pahala baginya seumpama ia membaca seluruh Al-Quran sebanyak sepuluh kali."

So,ayuh sahabat2. gandakan amalan amal ibadat kite ni sempena peperiksaan akhir ni(jangan beribadat mase exam je ye). Mudah2han Allah mempermudahkan segala urusan kita dan dipermudahkan untuk menjawab soalan peperiksaan nanti. InsyaAllah............

Sama2lah kita mengimarahkan surau KSJ kita pada malam ni ye~


Labels:

0 comments:

Post a Comment