Ceramah Nuzul Al-Quran di UTMKL

4:53 PM / article by budok plose /


Alhamdulillah,akhirnya aku diberi kesempatan untuk mengupdate blogku yang sudah lama tida dihidupkan enjinnya ini. Pada post kali ini,aku ingin berkongsi sedikit pengisian hasil daripada ceramah nuzul al quran semalam.


Program ini berlangsung semalam yakni 26 ogos 2010 di Masjid UTM yang baru selepas solat terawih. Ceramah telah disampaikan oleh Dr Mohd Ikhsan Ghazali,pensyarah Fakulti Tamadun Islam UTMIC. Alhamdulillah,agak ramai yang hadir tetapi amat menyedihkan apabila amat kurang penyertaan di kalangan mahasiswa. Mugkin sudah menjadi trend,setiap kali berlangsungnya majlis ilmu,kehadiran daripada kalangan mahasiswa pasti mencatatkan angka yang agak membimbangkan. Agak menghairankan apabila mahasiswa yang sering kali dilabel sebagai golongan berilmu ini,tetapi agak jauh dari segi penyertaan dalam majlis ilmu. Mungkin mereka terlalu disuap dengan bermacam-macam hiburan sehingga mereka 'sibuk' untuk menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu. Kita mengharapkan selepas ini berlaku satu transformasi dalam diri mahasiswa untuk menghidupkan suasana mencintai ilmu di kampus.

Berbalik dengan pengisian ceramah,Ustaz Ikhsan memulakan ceramahnya dengan memuji jemaah yang hadir kerana masih istiqomah untuk menghidupkan Ramdhan. Menurutnya,kita semua adalah peserta rancangan realiti,Akademi Ramadhan. Di peringkat awal,ramai yang menjadi peserta kerana tiada ujibakat. Kemudian,ramai pula di kalangan kita yang sudah tersingkir disebabkan diri sendiri. Kita bersyukur kerana kita masih lagi dapat bersabar dan berkorban untuk menjadi graduan AR. Hadiahnya nanti adalah keredhaan Allah dan memasuki syurga selamanya. MasyaAllah....jauh lebih lumayan daripada hadiah-hadiah program realiti lain yang hanya memberikan pulangan materialistik.

Firman Allah di dalam surah Al-baqarah ayat 185 yang bermaksud:



<=(185)=>. (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Berdasarkan firman Allah di atas,al-Quran telah diturunkan di dalam bulan Ramadhan, Jadi,kita amat digallakkan untuk melipatgandakan pembacaan al-Quran kita. Sekurang-kurangnya biarlah khatam satu kali dalam bulan tersebut. Al-Quran juga adalah satu mukjizat yang agung mengatasi kitab-kitab lain.

Persoalan :

Pernah tak kita merasai kumukjizatan al-Quran???

-Kita sebenarnya merasai mukjizat tersebut,cuma kita sahaja yang tidak perasaan. Buktinya adalah mengenai pembacaan al-Fatihah ketika solat. Kita membaca al-Fatihah sebanyak 17 kali sehari dalam 17 rakaat solat. Pernah tak terlintas hati kita untuk tidak membaca al-fatihah dek kerana bosan?Yela,17 kali membaca surah yang sama setiap hari. Tapi hebatnya al-Quran,kita tak pernah merasa jemu untuk mengulang-ulang bacaan tersebut. Berbeza dengan lagu atau syair,kita akan mudah merasa bosan mengulangi bait-bait yang sama. Itulah antara mukjizat yang kita tidak perasan.

Sejarah penurunan al-Quran

-Diturunkan daripada Loh Mahfuz ke Bait al-Izzah di langit dunia pada malam LailatulQadar
-Turun secara beransur-ansur

Mengapa dirunkan secara beransur-ansur?

-Mewujudkan hubungan yang berterusan dengan Alllah
-Menjawab persoalan yang berlaku
-Mendidik,mensyariatkan ibadat dan hukum secara berperingkat
-Mudah dihafal

Mutiara kata

Imam Malik-Apabila tiba Ramadhan,aku akan tinggalkan cakap kosong dan menumpukan kepada al-Quran
Ulama salaf - Bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita membaca al-Quran dan menjamu orang makan

Fungsi Al-Quran

-Al kitab al-Munir-menerangi manusia ke jalan lurus dan menyelamatkan daripada kegelapan,tenangkan hati,bawa kebahagian,keredhaan.
-al-Furqan - pemisah antara hak dan batil
-al-Huda
-al-Syifa'
-al-Rahmah
-menghidupkan hati yang mati
-mengingatkan hati yang lalai
-mengisis hati dengan pengharapan ketika berputus asa dengan ketakutan untuk merasa selamat

Kumpulan yang meninggalkan al-Quran

-Tidak baca
-Tidak faham
-Tidak tadabbur
-Tidak beramal

Akibat meninggalkan al-Quran

-Jenayah meningkat
-Salah satunya adalah zina dan rogol
-Statistik jenayah zina dan rogol :

2000-2008 - 257 ooo anak luar nikah/tak sah
28 555 setahun = 78 sehari = 3.25 orang setiap jam


Jadi,inilah anatara sedikit sebanyak input-input yang dapat saya kongsikan. Saya hanya menulis point-point tanpa menghuraikannya. Mudahahan ianya bermanfaat untuk kita. Memang tidak dapat dinafikan hari ini,umat islam amat jauh daripada penghayatan al-Quran. Tidaklah perlu kita hairan apabila dikhabarkan kepada kita ramai remaja-remaja kita tidak tahu langsung membaca al-Quran. Itula semua adalah realiti yang kita semua maklum dan masih lagi kita tidak cuba untuk melakukan satu anjakan paradigma mengenai situasi ini. Kita memohon kepada Allah agar diberi kekuatan kepada kita untuk terus menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup kita.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, Ya Tuhanku! Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa daripada ayat-ayat Al-Quran. Ajarkanlah aku daripada Al-Quran apa yang belum aku ketahui. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang; dan jadikanlah Al-Quran itu hujah dan bagiku (untuk menyelamatkan daku di akhirat), wahai Tuhan Sekalian Alam.

Labels:

0 comments:

Post a Comment