::Reengineering Imej Mahasiswa ::

8:12 AM / article by budok plose / comments (0)


Muqaddimah

Mahasiswa merupakan satu golongan yang mempunyai entiti penting dalam kelompok masyarakat dewasa kini yang perlu ditunjukkan halatuju yang jelas demi memastikan visi pembentukan sebagai golongan sofwatul muqtarah dalam masyarakat berjaya.Mahasiswa disignifikankan dengan golongan pemuda-pemudi yang terbukti sebagai harapan negara dan bangsa dimasa depan. Rasulullah saw didokongi oleh golongan syabab dalam menelusuri perjuangan dan mereka merupakan golongan intelligent yang berhati bersih dan berakhlak mulia. Seharusnya mahasiswa memerlukan imej tersendiri sebagai internal force masyarakat yang dipercayai masyarakat sebagai pewaris kepimpinan negara. Kata keramat Pak Soekarno sebagai refleksi kepada keteguhan jiwa pemuda adalah melalui ucapan masyhurnya: “Berikan aku 10 mahasiswa/pemuda yang benar tegar fisikal dan mindanya, akan kugegarkan dunia dengan pemuda-pemuda ini”

Faktor pendesak ‘re-engineering’ imej mahasiswa

Kebejatan akhlak mahasiswa yang membimbangkan. Keruntuhan nilai moral dan akhlak tidak hanya menghantui belia yang tidak terpelajar tetapi turut terbelenggu kepada laman intelektual mahasiswa masa kini.

Indoktrinisasi mahasiswa menjadi robot yang hanya di atur mantalitinya sebagai workers bukan sebagai ahli masyarakat yang bersosial dengan suasana sekeliling. Ianya menyebabkan universiti hanya menjadi pusat pembentukan pekerja yang tiada nilai sosial, nilai akhlak yang cetek dan tidak bertindak sebagai agen perubah masyarakat.
Ketidakpercayaan masyarakat kepada mahasiswa sebagai jurubicara umat kerana ketandusan isu,idea dan kontang karisma kepimpinan menyebabkan masyarakat mula memandang enteng sumbangan yang bakal diberikan kepada masyarakat dan negara dimasa hadapan.
Nilai adab dan tatasusila yang kian meruncing dikalangan mahasiswa terhadap lapisan masyarakat seperti pensyarah, ibubapa dan rakan taulan. Pengaruh hedonisme melampau memburukkan lagi proses pembentukan nilai berasaskan budaya ketimuran dan akhlak islamiyyah.

Keseimbangan IQ,EQ dan SQ

Peri pentingnya keseimbangan ketiga-tiga elemen kecerdasan manusia ini iaitu intellectual quotient (IQ), Emotional quotient (EQ) dan spiritual quotient (SQ) adalah sebagai sumber penampilan imej yang seharusnya dominan dalam kehidupan golongan intelek (mahasiswa) kini.

Apa itu IQ,EQ dan SQ?

Intellectual quotient merujuk kepada kemampuan intelek,analisa, logik dan rasional. Contoh penggunaan IQ ialah dalam pengiraan matematik , 2+3=5.

Emotional quotient merujuk kepada kemampuan mengesan emosi yang dirasai oleh diri sendiri dan orang lain.Contoh penggunaan EQ ialah memahami perasaan bosan apabila berkomunikasi,dapat mengawal perasaan dalam keadaan tertekan.

Spiritual quotient merujuk kepada kemampuan memberi makna hakiki (ultimate meaning) kepada setiap tindakan dan pengalaman.Contohnya mengaitkan tuhan dengan amalan seharian (konsep ibadah).

Bagi mahasiswa, seharusnya ketiga-tiga elemen ini dapat diserap dengan penekanan dan pemusatan difokuskan kepada SQ yang bertindak sebagai tunjang kepada IQ dan EQ dalam hidup manusia khususnya pada golongan mahasiswa ini. Namun, mutakhir ini mahasiswa hanya mementingkan unsur IQ yang berjumlah 6% dalam proses pembentukan peribadi manusia sedangkan 94% EQ dan SQ diabaikan.Mereka hanya diuji IQnya melalui peperiksaan lantas menjadikan fokus pembelajaran mereka hanyalah untuk skor didalam peperiksaan,tidak lebih dari itu. Secara tidak langsung,tidak berlaku keseimbangan untuk IQ,EQ dan SQ dalam kehidupan kebanyakan mahasiswa mutaakhir ini. Kita melihat sebenarnya SQ yang menjadi pusat minda dan berkisar tentang hablummillah (hubungan dengan Allah)
yang menjadi gesaan agama yang ada didunia supaya kembali kepada Tuhan. Tidakkah dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang? Disanalah tergabung jalinnya unsur IQ,EQ dan SQ ini. Lihatlah pada sejarah agung Salahudin Al-Ayubi yang dapat diambil ibrah dari kisahnya yang mengabungkan ketiga elemen ini. Kebijaksanaannya menyusun strategi perang adalah refleksi dari dari IQ yang strategis,sifat prihatin dan belas ehsan kepada musuh iaitu Raja Richard adalah dari emosinya dapat dikawal dengan baik (EQ) dan pertautan hatinya di malam hari bermunajat memohon pertolongan Allah adalah asas SQ yang cemerlang. Inilah resepi pejuang di jalan Allah sepanjang zaman.

Mahasiswa zikir dan fikir

Penyempurnaan ketiga elemen adalah bergantung kepada methodologi zikir dan fikir yang perlu diadun serentak kearah mahasiswa intelek beretika. Apakah zikir? Ia merujuk kepada membaca,memahami,dan mengambil iktibar serta ‘ibrah secara langsung dari ayat-ayat maqruah iaitulah Al-Quran. Manakala fikir difahami sebagai melihat,merenung,dan berfikir tentang ayat manzurah (alam dan ciptaan Allah). Mahasiswa fikir-zikir perlu dibentuk supaya mereka menjadi golongan yang matang siasah,bijak berstrategi tanpa melupakan pergantungan harap pada Khaliq.Inilah krisis yang menimpa mahasiswa dewasa kini,krisis identiti dan pembentukan jatidiri. Inilah formula ilmuan Islam yang tawazun antara tuntutan hablummillah wa hablumminannas.Tauhidullah menjadi asas yang membolehkan falsafah tarbiah islamiah dapat diaplikasikan dalam kehidupan yang menunjukkan dengan ‘fikir’ manusia sebagai khalifah akan dipimpin oleh ‘zikir’nya sebagai hamba.Pengembalian mahasiswa kepada Islam melalui method zikir-fikir memungkinkan mahasiswa memfokuskan kembali falsafah asal penubuhan universiti sebagai medan cambahan minda dan pembentukan individu. Dengan zikir menjadikannya senantiasa tahu tujuan hidupnya iaitu ‘abid dan dengan fikir ia ingat tentang tujuan hidupnya sebagai khalifah.

Firman Allah swt :
“
Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu”
(Az-Zariyat:56)

Juga telah berkata Imam Mawardi:Bangunkan agama dan bersiasahlah (tadbirlah) dunia dengannya.Kedua-duanya memerlukan elemen fikir dan zikir yang perlu digabungjalin untuk diaplikasikan dalam hidup mahasiswa kini.

Budaya Ilmu Yang Tawazun

Pembentukan mahasiswa zikir-fikir juga bergantung kepada content yang perlu difahami dalam bidang keilmuan.Keseimbangan didalam penguasaan ilmu iaitu ilmu wahyu (revealed knowledge) yang merujuk kepada pembangunan insaniah serta modal insan dan penguasaan ilmu aqliah (aqquired knowledge) yang merujuk pembangunan kemajuan (sistem hidup).Contoh terbaik individu seimbang dalam kedua-dua ilmu ini ialah Nabi Muhammad SAW. Kehebatannya dalam pelbagai bidang yang memerlukan kepakaran seperti peperangan, perniagaan, motivasi, kepimpinan,ilmu kekeluargaan dan sebagainya seimbang dengan ilmu wahyu ajaran Jibril as kepada baginda. Disebabkan faktor inilah Rasulullah saw diiktiraf di Barat (Micheal J.Hart) dalam bukunya ‘100 the most influented person in the world’ meletakkan Rasulullah saw berada diranking yang pertama. Pensegmentasian mengikut bidang kepakaran (specialist) tanpa dikukuhkan dengan tunjang utama iaitu agama menjadikan mahasiswa tumpul daya saing,kurang prihatin pada isu semasa dan tiada kesedaran sebagai pendakwah kepada masyarakat. Spesifikasi mereka hanya berlegar disekeliling bidang yang diceburi,tiada added value yang berjalan seiring memandu hala tuju hidup bakal graduan ini.Jurutera dengan dunia pembinaannya, doktor dengan dunia perubatannya, peguam dengan dunia kata-kata dan faktanya semata-mata. Isu protaz (profesional ustaz) atau ulama’ profesional perlu diperhalusi oleh institusi pendidikan dewasa kini.Ia dilihat sebagai satu peluang kita untuk memajukan negara yang dibarisi individu dan kelompok yang beretika dan berakhlak selaras dengan tuntutan Islam. Ikrar harian dalam solat perlulah difahami falsafahnya “Sesungguhnya solatku,ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah ,Tuhan semesta alam”, sebagai tanda taabudiyah kepadaNya dan sebagai motivasi harian manusia supaya tekun berusaha keranaNya.

Kesimpulan

Sesungguhnya elemen yang dibincangkan didalam kertas kerja ini,elemen 3 Quotient (IQ,EQ,SQ),konsep fikir-zikir dan keseimbangan ‘revealed-aqquired knowledge’ memerlukan praktikal dari semua pihak yang terlibat dalam misi pembentukan mahasiswa.Ia hanya akan bersifat terlalu idealistik jika ianya hanya dibincang tanpa diambil serius dan diimplementasi oleh pihak terlibat.Seharusnya pembentukan mahasiswa yang menjadi aset masyarakat haruslah digerakkan oleh mahasiswa yang berkesedaran dan faham tentang halatuju sebenar institusi tinggi dinegara kita.Ianya memerlukan tenaga bersama (kolaborasi) antara mahasiswa supaya bergerak didalam satu barisan (jamaah/team) untuk mengangkat kembali martabat tenaga mahasiswa yang disanjungi satu ketika dahulu.Ini kerana tenaga kolektif membawa keberkatan dan kemenangan.Ayuh bangun mahasiswa!

Labels:

Rahsia Kewajipan Menahan Pandangan Mata

6:56 PM / article by budok plose / comments (0)



mata

Daripada Ibnul Qayyim Al-Jauziyah ( Raudhah Al-Muhibbin ) & Al-Munziri ( Fiqh An-Nadhr)

~ Ia bereerti menunaikan perintah Allah Taala. Tiada manusia yang bahagia di dunia dan di akhirat kecuali dengan menunaikan perintah2 Allah.
~ Ia akan menguatkan hati dan membahagiakannya sedangkan meliarkan pandangan akan melemahkan hati dan membuatkannya gelisah.
~ Ia membuatkan hati selalu bermesraan dengan Allah sebaliknya akan memporak-perandakan hati dan fikiran jika ia meliarkan pandangan.

~ Ia akan melepaskan hati daripada tawanan syahwat.

~ Ia akan membentengi seseorang daripada pintu syaitan.

~ Ia akan menguatkan akal dan menambah kecerdasan.

~ Ia akan mengosongkan hati daripada pelbagai maksiat.

~ Ia merupakan mas kahwin bagi bidadari.

~ Ia akan membantu seseorang dalam menuntut ilmu.

~ Ia akan melahirkan hati yang gagah dan berani hingga membuatkan seseorang itu memiliki wawasan luas dan daya penghujahan yang mantap.

Allah Subhanahu Wa Taala berfirman :

” Katakanlah kepada orang2 beriman laki2 agar mereka menundukkan pandangan mata ( terhadap wanita ), dan memelihara akan kemaluan mereka ( menutupya ). Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya.”( An-Nur : 30-31 )

Labels:

My Part Time..

4:41 PM / article by budok plose / comments (0)

Lepas SPM n PLKN - Bekerja di Restoran Selera Timur

-Pelayan restoran
-RM 20/day.....8 hour/day..4.00pm-12.00 am
-Agak seronok walaupun kadang2 tertekan dengan karenah tauke.



Di UTMKL -Waiter di Tabung Haji Jalan Tun Razak
-RM 40/event
-Agak best,tetapi hanya beberapa event yang sempat join. Ingin jadi part timer tetapi dah penuh. Hanya menunggu panggilan jika ada event.

-Waiter/Caterer di BATC,UTMKL
-RM 40/event
-Best dan rileks.Bekerja macam family. Di sini aku diajar mencuci ayam,memotong buah,dan banyak lagi perkara mengenai katering.

-Caterer di Alya Catering,Taman Tun Dr Ismail
-Rm 50/event
-Best,gaji yang agak lumayan. Tapi agak jauh dari KL

-Cashier di Carrefour Wangsa Maju
-Rm 5/hour
-Weekdays aku kerja 5 jam-7.00 pm-12.00am(siang belajar)
-Weekend 9 jam-3.00 pm- 12.00 am
-Paling best. Staff2 baik2 semua. kerja rilek walaupun terpaksa bersabar dengan karenah customer.Gaji pun amat berbaloi dengan adanya elaun lain2. Tapi sayang,aku diterminated kerana tidak hadir melebihi 3 hari(Aku menghadiri Ekspidisi Dakwah Orang Asli anjuran PMI). Aku cube menjelaskan kondisi aku,tapi tak diterima. Rekod aku buruk di sana. Huish...Sejak itu sampailah sekarang,aku masih mencuba untuk mendapatkan tempat aku sebagai cashier di samping membersihkan kembali namaku. Aku akan tetap berusaha. Yakin Boleh!

-Sekarang-Waiter di Downtown Coffee and Tea,Wisma Sri Rampai
-RM 4/hour
-6.00 pm-1.00 am
-Fuhh,amat letih. Customer ramai tapi worker sedikit. Sedih janggut kene potong.Tapi takpe la,experience tu penting di samping menambah teman..

Labels:

Misteri A5..Part 1

9:25 PM / article by budok plose / comments (1)



“Be,aku dengar kau pergi jumpe budak-budak tu. Betul ke Be? Kongsi la sket dengan aku apa yang kau buat.”Pesal masih memujuk Be supaya mendedahkan identiti dan maklumat yang ade di tangan Be. “Haha..Sal,kenapa dengan ko ni. Mane ade. Aku tak buat ape-ape pun la. Buat apa aku pergi jumpe diorang. Buang mase je dow! Kenapa dengan ko ni Sal. Akhir-akhir ni aku tengok ko asyik curige jew denga aku. Apa yang ade dalam kepala hotak ko skung ni Sal. Takkan ko tak percaye cakap aku. Dah hamper 10 tahun kite bekawan.Aku dah anggap ko macam adik aku sendiri Sal.” Sober mula menyiram Pesal dengan kata-kata yang amat meninggalkan kesan di hati Pesal. Air mata Sobe kelihatan menitis keluar dari kelopak matanye.” Maafkan aku Sal,aku terpaksa berahsia dengan ko”,detik hati Sober.

Pesal kelihatan serba salah dengan reaksi Sober. Memang mereka merupakan sahabat yang amat rapat sejak di bangku sekolah lagi. Susah senang mereka sentiasa bersama. Memang berat untuk Pesal mencuba mengorek rahsia yang ade pade Sober. Kalu diikutkan hati,memang pesal nak berterus terang dengan sober apa masalah yang dihadapinya sekarang. Akan tetapi seseorang telah menafikan perkara itu dari berlaku. Pesal terpaksa terikat dengan arahan pihak atasan untuk membongkar rahsia Sober. Pesal dikehendaki sentiasa mengintip tindak tanduk Be untuk mendapatkan maklumat yang amat penting bagi mereka.

“Ktanggg!!!”Pesal menyepak tin kosong di hadapannya sebagai salah satu cara untuk meredakan kekusutan yang melanda di hatinya. “Be,maafkan aku kalu akhir-akhir ini aku terlalu mendesak ko. Takpe r,kite lupakan perkara ini. Banyak lagi perkara lain yang bleh kite buat kan. Jom kitebermain snooker Be”Pesal cuba meredakan keadaan. “Hm.aku pun mintak maaf dow! K la,jom snooker. Kalah bayar la bro!”Sober optimis dengan statementnya selaku penyandang juara tournament snooker anjuran UTMKL semester lepas.

Pesal dan Sobe pun menaiki kereta kancil milik Pesal dan bergerak ke Pulau Serai untuk bermain snooker. Kelihatan 4 putung rokok yang masih menyala dan 2 kotak kosong Dunhill 20 ditinggalkan di Pantai Teluk Lipat menandakan 2 orang sahabat telah pun bersama-sama di situ sebentar tadi. Pok Kow memijak kotak rokok tersebut sambil tersenyum. “Hahaha...perkara yang lebih menarik akan berlaku pas ni”. Tiba-tiba Tengku muncul dari belakang dan menepuk bahu Pok Kow. “Ha..jangan terlalu yakin kawan. Kite tak tahu rancangan Nasa lepas ni..”

Sementara itu di Pulau Kerengga,Romat dan Budin masih lagi hangat membincangkan kekeliruan yang mereka hadapi. “Arghh...tolongla Mat,dah pecah kepala aku memikirkan perkara ini. Kenapa Sober begitu berahsia dengan kite? Ade ape dengan borang tu? Kenapa kite yang terpilih?”Budin meluahkan perasaannya kepada romat.

Mereka berdua masih lagi keliru dengan tindakan Sober yang datang berjumpa dengan mereka. Mereka diberikan borang untuk diiisi. Mereka hanya diberitahu yang borang itu amat penting untuk diisi dan hanya orang yang terpilih sahaja yang dapat mengisi borang tersebut. Apabila ditanya dengan lebih lanjut,Sober tidak member respon dan sebaliknya hanya berkata “Biarlah Rahsia!!!!”

“Entahlah Din,Mat pun tak tahu. Takpela Din,kite buat rilek sudoh la dulu.Suata hari nanti kite akan tahu Din”,Mat cube memberi kata-kata motivasi kepada Budin yang selama ini amat kurang motivasi dalam dirinnya sejak Naimi cube menjauhkan diri daripadanya.

“K la Din,aku balik dulu la. Aku nak berbincang dengam Merang sket tentang hal ini. Sabarla Din,ko jangan buat perkara yang diluar batasan seperti dulu. Kite tunggu dulu respon daripada Be ye”Romat meminta izin untuk pergi selepas mengosok ubun-ubun Budin disertai beberapa nasihat.

Sejurus Romat menghilangkan diri,Budin menyarung selipar jepun milik jirannya sambil berlari-lari anak ke rumah Safwan aka Puer. Ketika itu Puer berada dalam kesedihan.Bila melihat sahaja Budin berada di halaman rumahnya,Puer terus mendapatkan Budin dan memeluknya. Budin kaku dengan situasi ini. Sepanjang tempoh perkenalan mereka berdua,inilah kali pertama Puer memeluknya. Sedikit rasa sayang dan bangga muncul dalam diri Budin dalam situasi ini. “Din.aku takut Din.Aku keliru Din”Puer meluahkan perasaannya.

Budin memeggan erat bahu Puer dan mendudukkan Puer di bangku. Budin mengesat air mata di pipi Puer dan cube meredakan keadaan Puer. “Kite same Puer. Aku pun takut. Aku pun tak faham. Tapi ape bleh buat,kite sabar je la dulu. Kite jangan buat perkara yang diluar batasan seperti dulu. Kite tunggu dulu respon daripada Be ye”Budin cuba memujuk Puer dengan sedikit peniruaan daripada kata-kata Mat.

“Woi Merang! Ko buat ape dalam semak tu. Main Pes ke?”Romat menengking Merang. Merang yang berada dalam semak tersentak dan segera keluar berjumpa dengan Mat. “tak la,ade ke main Pes. Aku tengah cari buah kuini yang luruh tadi. Dari tadi aku cari,tak jumpe-jumpe. Aish,entahlah mat,mungkin salah aku kot,tak cari elok-elok.”Merang meluahkan kesedihannya akibat gagal mencari buah kuini.

“Lor,rilek r,Cabang 3 banyok buah kuini. Tak yah r ko nak touching-touching kat sini. Jiwang karat dow!.Eh,Rang,aku nak bincang sket nge ko ni”kata Romat mengejek. Merang mengajak Mat masuk ke dalam dan mereka berbincang. Romat menceritakan semua perkara yang berlaku kepadanya mengenai tindakan Be yang datang berjumpanya. Merang kelihatan sedikit gembira dengan kisah Romat itu. Merang cuba mengasak Romat dengan pelbagai persolan mengenai identiti dan maklumat tentang Be. Romat yang tidak tahu tujuan Merang itu menceritakan semua maklumat yang diketahuinya. Selepas hampir 1 jam,perbincangan,Romat meninggalkan perkarangan rumah Merang. Merang berpuas hati dengan maklumat yang diberi oleh Mat tadi. Merang segera membuka laptopnya dan menghantar data-data maklumat mengenai Sober kepada Pesal. Merang tersenyum puas apabila semau data itu telah berjaya dihantar.”Hm..Mat..maafkan aku,aku terpaksa menggunakan kamu. Ini adalah arahan. Aku terpaksa Mat”desis hati Merang

“Krangg!!”komputer di ibu pejabat polis Gong Badak hancur apabila ditumbuk Fareez. Fareez gagal mengawal emosinya apabila gagal mencari maklumat yang dikehendakinya. Minggu lepas Fareez telah ditemui oleh Sober dan diberikan borang untuk diisi. Serperti Romat,Budin dan Puer,Fareez turut berasa keliru dengan situasi tersebut. Akhirnya,Fareez terpaksa menggunakan komputer di ibu pejabat polis Gong Badak untuk mencari maklumat mengenai apa yang diperkatakan oleh Sober minggu lepas. Namun kegagalannyas membuka laman web yang dikatakan oleh Be itu mendesak dia untuk bertindak di luar kawalan sehingga computer itu menjadi mangsa. Akhirnya,fareez dipenjara 2 hari akibat vandalisme.

“Fareez,awak bebas sekarang. Beliau yang bebaskan kamu”kata seorang anggota polis sambil menunjukkan kepada Fareez seorang lelaki yang agak tinggi di hujung koridor ibu pejabat polis tersebut. Fareez yang amat gembira segera mendapatkan lelaki tersebut. “Amri???Er,macam mana ko tahu aku kene penjara? Kenapa ko bebaskan aku?”begitu banyak persoalan yang dikemukan oelh fareez sebaik mengetahui yang lelaki itu adalah Amri. “Maaf,kadang-kadang ade perkara yang tidak perlu kita tahu. Ikut aku skung”,Amri menjawab dengan begitu cool dan tegas. Fareez terkesima dan hanya mengikut Amri. “Bain,Fareez di tangan kite. 10 minit lagi aku bawa die ke rumah ko. Pastikan takde siapa yang tahu hal ini.”,Amri menghantar mesej kepada Bain sebaik masuk ke kereta bersama Fareez. “Hehe..ayam hutan telah masuk perangkap...”desis hati Bain sambil tersenyum.

Kereta yang dinaiki Amri dan Fareez pun bergerak menuju ke rumah Bain. Tanpa disedari Nazreen dan Aiman sedang mengekori mereka.

Bersambung...............

Siapakah Sober dan Pesal sebenarnya??? Apa kaitan mereka dengan Pok Kow dan Tengku????

Nasa pulak siapa?? Apa rancangan beliau??

Borang apa yang telah diberikan Sober kepada Romat,Budin,Puer dan Fareez sebenarnya??

Apa hubungan antara Merang dan Pesal???

Siapa Bain dan Amri???

Siapa pula Nazreen dan Aiman???

Jangan lupa dapatkan jawapan di episode akan datang!!!!


Labels:

Say No 2 JUDI..

3:41 AM / article by budok plose / comments (0)

Labels:

Maher Zain - Baraka_Allahu_Lakuma with Lyrics

4:12 PM / article by budok plose / comments (1)





We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let’s raise our hands and make Do’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let’s raise our hands and make Do’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا
Let’s raise our hands and make Do’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما

وجمع بينكما في خير


Labels:

Halatuju PRK

6:14 AM / article by budok plose / comments (0)

Hari ini,di atas meja makan rumahku yang indah ini,aku ingin menulis satu artikel mengenai tajuk yang amat dikenali umum iaitu PRK. Apa itu prk? Pilihanraya kampus? Pilihanraya kecil? Parti Rakyat Keadilan? Masing-masing boleh membuat persepsi sendiri. Cuma pada hari ini aku ingin melontarkan sedikit pandangan mengenai PRK-Pilihanraya kecil.

Selepas berlakunya PRU 2008,Negara kita dibanjiri begitu banyak prk di seluruh negara. Majority prk berlaku akibat kematian wakil rakyat dan prk perlu dilakukan untuk mencari pengganti. Kita imbas kembali,hampir semua negeri telahpun mengadakan prk seperti,Permatang Pauh(Penang),Kuala Terengganu(Terengganu),Manek Urai(Kelantan),Bagan Pinang(Negeri Sembilan),Hulu Selangor(Selangor),Sibu(Sarawak) dan tak mustahil akan menjelma prk di negeri-negeri lain selepas ini.

Artikelku ini bukan bermaksud untuk menghurai suasana ataupun keputusan prk,tetapi diriku tertarik mengenai kesan daripada prk ini. Apakah hujah utama prk ini dilakukan? Apakah manfaat yang diperoleh? Adakah kesan baik lebih banyak daripada kesan buruk? Adakah prk ini dapat menyatupadukan perpaduan antara rakyat seperti gagasan 1 malaysia yang dicanang-canangkan oleh perdana menteri kita? Atau prk ini dilakukan atas kepentingan individu atau kumpulan? Atau ia adalah satu tradisi yang membuktikan Negara kita sebuah Negara demokrasi? Masing-masing mempunyai jawapan dan pandangan berbeza mengikut persepsi masing-masing.

Aku tertarik dengan satu cadangan daripada Naib Presiden Pas,Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man yang mencadangkan supaya prk perlu dimansuhkan kerana ia menyemai nilai buruk dalam masyarakat. Aku amat bersetuju dengan cadangan pemimpin Pas ini.Memang tidak dapat dinafikan,prk sebenarnya menyebabkan banyak berlaku perkara-perkara yang kurang sihat. Bilamana berlakunya prk,akan ada pergelutan-pergelutan,kata mengata,memaki hamun,rasuah,salahguna kuasa dan banyak lagi perkara yang kurang sihat berlaku. Kalau kita membuat satu kesimpulan tentang prk ini,kita akan mendapati ianya banyak menghabiskan masa,tenaga dan wang.

Kita lihat saja suasana sewaktu berkempen,begitu meriah dengan aktiviti kurang sihat. Kutuk mengutuk menjadi mainan sehingga rakan dijadikan lawan. Sesi sesi sabatoj menjadi perkara biasa. Janji-janji palsu menjadi mainan di bibir-bibir parti,wang rakyat disalahgunakan,polis-polis terpaksa mengikut telunjuk ‘tuannya’ sehingga kes-kes jenayah terpaksa ditinggalkan sebentar,SPRM juga terpaksa bekerja keras sehinggakan sanggup mengabaikan integrity demi menjaga nama sesuatu pihak.Masa,tenaga dan wang begitu banyak dihabiskan untuk memenangkan sesuatu pihak walaupun kadang-kadang member kesan yang agak buruk kepada rakyat.

Mengikut Tuan Ibarahim lagi,wakil rakyat yang meninggal hendaklah diganti oleh pemimpin yang baru dari parti yang sama. Kalau wakil rakyat PR yang meninggal,gantilah dengan calon dari PR. Begitu juga kalau wakil rakyat itu dari BN. Ganti dengan calon BN. Aku melihat perkara ini mungkin agak simple tetapi aku bersetuju dengan pandangan beliau kerana ianya masih releven untuk dilakukan. Parti kedua-dua belah pihak mungkin dapat mengadakan sesuatu mesyuarat ataupun kita kata adakan satu majlis syura untuk memilih pengganti tanpa melakukan prk.

So,secara kesimpulannya kajian mendalam perlu dilakukan untuk menghapuskan PRK.Mungkin SPRM,parti-parti politik,NGO dan badan-badan yang terlibat dapat membuat satu resolusi untuk mencari satu mekanisme untuk menghapuskan prk ini bilamana berlaku kematian ataupun wakil rakyat meninggalkan parti.Memang ada yang tidak bersetuju dengan cadangan ini kerana mungkin prk perlu dilakukan atas beberapa factor yang mungkin releven. Cuma,kalau boleh kita buat satu perbincangan mengenai hal ini dan sama sama kita memikirkan satu jalan keluar mengenai isu prk ini untuk kepentingan bersama. Kalau kita lihat jiran-jiran di Negara kita seperti Thailand,Indonesia dan Filipina,tidak berlaku prk di sana. Hanya Negara kita yang mengadakan prk. 1 malaysia kan. Hehe

Penulisan ini bukan untuk membangkang prk tetapi satu persoalan sejauh mana kepentingan prk itu untuk rakyat. Sama-sama kita fikir n lontarkan idea masing-masing untuk mencapai satu kata sepakat.

Ibnu Ramlee,20 Mei 2010,3.45 pm.Meja makan rumahku,Kg Pulau Rusa

Labels: