Halatuju PRK

6:14 AM / article by budok plose /

Hari ini,di atas meja makan rumahku yang indah ini,aku ingin menulis satu artikel mengenai tajuk yang amat dikenali umum iaitu PRK. Apa itu prk? Pilihanraya kampus? Pilihanraya kecil? Parti Rakyat Keadilan? Masing-masing boleh membuat persepsi sendiri. Cuma pada hari ini aku ingin melontarkan sedikit pandangan mengenai PRK-Pilihanraya kecil.

Selepas berlakunya PRU 2008,Negara kita dibanjiri begitu banyak prk di seluruh negara. Majority prk berlaku akibat kematian wakil rakyat dan prk perlu dilakukan untuk mencari pengganti. Kita imbas kembali,hampir semua negeri telahpun mengadakan prk seperti,Permatang Pauh(Penang),Kuala Terengganu(Terengganu),Manek Urai(Kelantan),Bagan Pinang(Negeri Sembilan),Hulu Selangor(Selangor),Sibu(Sarawak) dan tak mustahil akan menjelma prk di negeri-negeri lain selepas ini.

Artikelku ini bukan bermaksud untuk menghurai suasana ataupun keputusan prk,tetapi diriku tertarik mengenai kesan daripada prk ini. Apakah hujah utama prk ini dilakukan? Apakah manfaat yang diperoleh? Adakah kesan baik lebih banyak daripada kesan buruk? Adakah prk ini dapat menyatupadukan perpaduan antara rakyat seperti gagasan 1 malaysia yang dicanang-canangkan oleh perdana menteri kita? Atau prk ini dilakukan atas kepentingan individu atau kumpulan? Atau ia adalah satu tradisi yang membuktikan Negara kita sebuah Negara demokrasi? Masing-masing mempunyai jawapan dan pandangan berbeza mengikut persepsi masing-masing.

Aku tertarik dengan satu cadangan daripada Naib Presiden Pas,Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man yang mencadangkan supaya prk perlu dimansuhkan kerana ia menyemai nilai buruk dalam masyarakat. Aku amat bersetuju dengan cadangan pemimpin Pas ini.Memang tidak dapat dinafikan,prk sebenarnya menyebabkan banyak berlaku perkara-perkara yang kurang sihat. Bilamana berlakunya prk,akan ada pergelutan-pergelutan,kata mengata,memaki hamun,rasuah,salahguna kuasa dan banyak lagi perkara yang kurang sihat berlaku. Kalau kita membuat satu kesimpulan tentang prk ini,kita akan mendapati ianya banyak menghabiskan masa,tenaga dan wang.

Kita lihat saja suasana sewaktu berkempen,begitu meriah dengan aktiviti kurang sihat. Kutuk mengutuk menjadi mainan sehingga rakan dijadikan lawan. Sesi sesi sabatoj menjadi perkara biasa. Janji-janji palsu menjadi mainan di bibir-bibir parti,wang rakyat disalahgunakan,polis-polis terpaksa mengikut telunjuk ‘tuannya’ sehingga kes-kes jenayah terpaksa ditinggalkan sebentar,SPRM juga terpaksa bekerja keras sehinggakan sanggup mengabaikan integrity demi menjaga nama sesuatu pihak.Masa,tenaga dan wang begitu banyak dihabiskan untuk memenangkan sesuatu pihak walaupun kadang-kadang member kesan yang agak buruk kepada rakyat.

Mengikut Tuan Ibarahim lagi,wakil rakyat yang meninggal hendaklah diganti oleh pemimpin yang baru dari parti yang sama. Kalau wakil rakyat PR yang meninggal,gantilah dengan calon dari PR. Begitu juga kalau wakil rakyat itu dari BN. Ganti dengan calon BN. Aku melihat perkara ini mungkin agak simple tetapi aku bersetuju dengan pandangan beliau kerana ianya masih releven untuk dilakukan. Parti kedua-dua belah pihak mungkin dapat mengadakan sesuatu mesyuarat ataupun kita kata adakan satu majlis syura untuk memilih pengganti tanpa melakukan prk.

So,secara kesimpulannya kajian mendalam perlu dilakukan untuk menghapuskan PRK.Mungkin SPRM,parti-parti politik,NGO dan badan-badan yang terlibat dapat membuat satu resolusi untuk mencari satu mekanisme untuk menghapuskan prk ini bilamana berlaku kematian ataupun wakil rakyat meninggalkan parti.Memang ada yang tidak bersetuju dengan cadangan ini kerana mungkin prk perlu dilakukan atas beberapa factor yang mungkin releven. Cuma,kalau boleh kita buat satu perbincangan mengenai hal ini dan sama sama kita memikirkan satu jalan keluar mengenai isu prk ini untuk kepentingan bersama. Kalau kita lihat jiran-jiran di Negara kita seperti Thailand,Indonesia dan Filipina,tidak berlaku prk di sana. Hanya Negara kita yang mengadakan prk. 1 malaysia kan. Hehe

Penulisan ini bukan untuk membangkang prk tetapi satu persoalan sejauh mana kepentingan prk itu untuk rakyat. Sama-sama kita fikir n lontarkan idea masing-masing untuk mencapai satu kata sepakat.

Ibnu Ramlee,20 Mei 2010,3.45 pm.Meja makan rumahku,Kg Pulau Rusa

Labels:

0 comments:

Post a Comment