Nikmatnya Ujian

9:11 AM / article by budok plose /


Aku inginkan kekuatan seperti dulu.Mengapa aku begitu lemah sekarang ye.Mengapa aku perlu sedih dengan ujian2 yang berterusan daripada Allah swt?? Tidakkah itu satu tarbiyah kepadaku. Tidakkah itu maknanya Allah sayang akan diriku ini. Ish...tak malunye aku ni. Mengaku cintakan Allah n Rasul tapi tak selari nge perbuatanku. Ya Allah,kuniakan kepada kekuatan untuk menghadapi segala mehnah n tribulasi ini. Bantulah aku sentiasa bergerak aktif dalam gerak kerja islam ini. Jangan jadikan aku layu n lemah tak berdaya. Aku adalah seorang yang hebat tetapi menjadi lemah disebabkan mainan perasaan sendiri.Aku ingin berfikir n berjiwa besar. Aku pasti aku boleh,cume aku je yang tak bersungguh-sungguh..haish...

Hm...mengenai ujian n cabaran ini,ingin ku coretkan pengalaman manisku bersama sahabat2 sewaktu melakukan gerak kerja islam ini(semoga Allah menerima amalan kami yang tak seberapa ini) Sewaktu tu,(tak ingat tarikh bile),aku,akh Rahmat,akh Hafizi,Akh Saiful Lizam,Akh Tasnim n Akh Zulfahmi ditugaskan untuk menghandle program motivasi anjuran Paksi under Dewan Muslimat PAS Kuala Selangor.Program ini untuk peljar2 UPSR,PMR n SPM. Tempat kat Kuala Selangor tapi tak ingat.

Sebelum memulakan perjalan kami berkumpul di rumah keramat kami,Darul Salam. Tepat pada pukul 3 petang kami bertolak dengan menaiki motosikal. Biasalah rempit kan. Kami memilih jalan yang bergaung2 melalui hulu Gombak. Kononnya shotcut untuk ke Kuala Selangor. Setelah 1 jam lebih melalui kawasan yang agak menyeramkan itu,kami sampai ke satu tempat yang amat familiar bagi kami. Genting Sepah. ??? Haha,kami hanya mampu tertawa. Begitu yakin sampai ke destinasi tetapi tempat yang kami baru saja smpai ini jauh tersasar dari tempat asal. Kami pun pulang balik ke KL. Kami berhenti solat Asar di Masjid Abu Ubaidah. Masjid berhampiran rumah kami,DS. Hm..nak pegi masjid ni pun kene lalu genting sepah ye. Biasanya kami mengambil masa 2-3 minit je ke masjid Abu Ubaidah aka Masjid Sri Rampai tapi kali ni hampir2 2 jam untuk ke sana. Huhu..hebat!!!

Selepas menenangkan diri dengan solat n zikir kami terus merancang strategi untuk ke tempat program. Kami menjangkakan akan sampai di sana sebelum isyak. Then,kami pun bertolak dengan penuh semangat. Dalam perjalanan aku tak ingat macam mana kami pilih jalan. Semasa dalam perjalanan,tiba2 saja motor yang aku naiki bersama akh Saiful terpancit.Kami terpaksa memberhentikan motor n mengheret motor ke tempat pondok pengawal kawasan landasan keretapi. Mase tu waktu lepas maghrib. Dan kawasan di situ amat sukar untuk mencari kedai motosikal. Kami mulai cemas. Akh hafizi cuba mencari kedai moto n Alhamdulillah jumpa la satu kedai cina.(ish..asyik2 Cina je conquer perniagaan di bumi yang majaoriti melayu ni ye. Melayu ble lagi??Layu lagi ke??)Kami pun menunda motor ke kadai tersebut. Uish,kami terpaksa berhati2 sewaktu menunda motor tersebut. Biasalah,jalan besar,juara dengan kenderaan yang pelbagai.Kedai tersebut sepatutnya dah nak tutup kedai tapi kami Berjaya memujuk mereka untuk menguruskan moto kami.Fiqh Awlawiyat kan...hehe.. Alhamdulilah,motor kami Berjaya dipulihkan.

Kami pun meneruskan perjalanan yang tak jelas ini. Kami masih lagi tak Nampak jalan yang mane kami patutu lalui. Redah ajelah. Hinggalah kami di tahan oleh bebera anggota polis. ??? Kenapa plak ni. Kami akhirnya disaman akibat melanggar lampu merah n membuat u turn di tempat yang ‘diharamkan’ untuk buat u turn. Hmm..banyak la plak kesalahan kami. Kami terpaksa membayar hampir RM 250 per moto.(saman sampai seminggu kemudian)..huhu..pulak dah...

Kami teruskan perjalan walaupun banyak halangan yang terpaksa kami lalui. Alhamdulillah kami sampai ke tempat tuisyen milik Paksi dalam pukul 12.40 pagi. Kami rehat di situ sebelum ke tempat program pagi besoknya....hehehe...bestnye trip kali ni...

Alhamdulillah,walaupun agak seksa untuk sampai,akhirnya kami barjaya melakukan. Tahniah!! Kami tak akan lupakan peristiwa menarik ini...

· Mengambil masa 7-8 jam di atas motor untuk sampai ke Kuala Selangor. Sepatutnya 1-2 jam dah bleh sampai..

· Tayar pancit di tengah jalan

· Disaman polis dengan 2 kesalahan sekaligus

Walaupun sukar perjalanan ini,tapi alhamdulilah,kami Berjaya mengendalikan program tersebut dengan jayanya. Kami tetap gembira dengan semua ini.


d

Walaupun sukar perjalanan ini,tapi alhamdulilah,kami Berjaya mengendalikan program tersebut dengan jayanya. Kami tetap gembira dengan semua ini.

Labels:

0 comments:

Post a Comment