Perhimpunan bantah lesen judi, konsert kecoh

9:54 AM / article by budok plose /


Pada hari Jumaat lalu,14 Mei 2010, aku n sahabat2 seperjuanganku turun ke masjid Kg Baru untuk bersama2 menyertai satu demonstrasi yang aku rasakan amat penting untuk kita selaku umat islam. Namun sayang,seperti sebelum2 ni,semuanya berakhir dengan kekecohan akibat campur tangan polis.

Kekecohan berlaku apabila pihak polis cuba menghentikan ucapan pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat dan NGO yang membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bolasepak Piala dunia dan penganjuran konsert 12 jam yang membabitkan artis luar negara, Pitbull

Kejadian itu disaksikan oleh kira-kira 500 orang yang berada di situ, termasuk mereka yang sedang beredar selepas selesai solat Jumaat.

Mereka yang hadir di pentas tersebut ialah pemangku ketua PAS Wilayah Persekutuan (WP) Herman Shamsudeen dan setiausaha Pemuda PAS pusat, Kamaruzzaman Mohamad.

Yang lainnya ialah ketua Angkatan Muda (AMK) Selangor Khairul Annuar Ahmad Zainuddin, wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Zambry Mat Isa, wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Kelab Penyokong PAS dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)


Yes 2 BOLA
NO 2 JUDI
NO 2 PITBULL

Labels:

0 comments:

Post a Comment