3:53 PM / article by budok plose /

Pada 26 April lalu,kita digemparkan dengan satu tragedi yang mungkin kali pertama kita dengar iaitu kes tembakan polis ke atas pemandu yang cuba melarikan diri daripada road block. Kes ini berlaku ke atas adik kita,Aminulrasyid Amzah pada tarikh tersebut. Pelajar berusia 14 tahun itu memandu sebuah kereta Proton Iswara,di Seksyen 11 Shah Alam,jam 2 pagi dan ditembak mati oleh anggota polis sewaktu melepaskan diri daripada road block. Tragedi ini dipaparkan dalam akhbar-akhbar perdana keesokan harinya dan mendapat liputan yang meluas. Ramai masyarakat kita mengikuti kisah tersebut dan setiap dari mereka cuba membuat persepsi masing-masing. Ada yang begitu marah dengan tindakan polis yang dirasakan tidak profesional itu. Ada yang menyalahkan mangsa sendiri kerana memandu di bawah umur.Bahkan,ada yang marah kepada keluraga mangsa kerana membiarkan mangsa memandu tanpa lesen.Bermacam-macam andaian dan pandangan diutarakan oleh setiap lapisan masyarakat kita. Apa-apa pun kita serahkan kepada pihak yang berwajib untuk membuat satu resolusi berkaitan tragedi ini.

Berhubung perkara ini.saya tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut kerana saya bukanlah dalam kalangan ahli yang fakih mengenai tragedi ini. Cuma di sini saya ingin melontarkan beberapa pandangan berkaitan isu ini selaku seorang mahasiswa yang merasa bertanggungjawab untuk menganalisis isu-isu semasa.

Pertama sekali saya ingin mempersoalkan mengenai integriti polis itu sendiri. Apakah hujah yang konkrit bagi mereka untuk menembak pelajar tersebut. Sebelum ini,kita telah pun mendengar hujah dari mereka mengapa peluru terpaksa digunakan. Kereta tersebut cuba merempuh polis,menyebabkan keselamatan anggota beruniform itu terancam.Dalam keadaan tersebut pilihan yang ada ialah tembak. Tambahan pula kereta tersebut dikatakan bergesel dengan kenderaan lain dan telah melanggar beberapa lampu merah ketika dikejar oleh pihak polis sejauh beberapa kilometer. Polis berhak mencurigai pemandu tersebut,lebih-lebih lagi dengan kadar jenayah yang meningkat akhir-akhir ini. Itulah hujah mereka. Saya masih kurang jelas dengan hujah ini. Mengapa perlu ditembak. Atas alasan curiga? Atas alasan membahayakan orang lain?Sejauh mana sebenarnya hujah ini boleh diterima. Entahlah. Tapi bukankah polis boleh mengejar dan menahan kereta itu dengan anggota cekap dan kenderaan canggih mereka? Susah sangat ke mengejar kereta yang hanya dipandu oleh seorang budak? Kita tengok dalam filem Adnan Sempit. Adnan tak tembak pun mat rempit yang mencuri laptop girlfriend dia,Diana sebaliknya mengejar hingga dapat. Takkan polis kalah dengan Adnan Sempit kot. Entahlah,saya pu kuarang mengerti mengapa polis melakukan tindakan sedekimian. Mungkin itu yang terbaik bagi mereka.Saya pun tidak berada dalam situasi tersebut. Tidak berhak untuk diriku menyalahkan polis 100 %. Saya sekadar melontarkan pandangan atas tiket orang awam.

Selang beberapa hari selepas tragedi ini,sikap pihak polis terus diprtikaikan apabila cuba membuat satu provokasi satu program anjuran kerajaan negeri Selangor baru-baru ini. Saya difahamkan pihak polis cuba mengacau program tersebut dengan alas an tiada permit.Saya kurang jelas apa yang berlaku. Inseden ini diceritakan oleh Us Ridhuan Nor sewaktu saya menghadiri bengkel penulisan dakwah di Pejabat Agong Pas baru-baru ini.Berita mengenai hal ini juga saya baca dalam satu laman web dan kurang ingat menfenai inseden ini.

Dan inseden yang terbaru,akhbar Sinar Harian hari ini memaparkan sikap polis yang terlampau. Berita hari ini memaparkan bagaimana dua wanita mendakwa menerima gangguan secara seksual daripada seorang anggota polis dalam satu sekatan jalan raya di hadapan BHP Jalan Cheras(hmm..road block lagi..).Mereka tersebut bukan sahaja diminta beraksi lucah,tetapi turut diminta member sogokan berupa wang tunai untuk dilepaskan daripada ‘kesalahan’ memandu melebihi had laju.

Begitulah dunia polis. Tugas mereka terus dipertikai. Dalam hal-hal berkaitan politik pula,mereka terus digelar ‘anjing kerajaan’(maaf,bukan saya yang memlabelkannya). Mereka begitu bersungguh ‘masuk campur’ dalam dunia politik terutamanya dalam menentang pembangkang.Kadang-kadang peranan mereka lebih banyak digunakan untuk mengawal setiap ceramah,demonstrasi dan lain-lain aktiviti pembangkang daripada menguruskan hal-hal jenayah. Mungkin hal ini akibat daripada dikawal oleh kerajaan. Mengikut keadaan semasa ini tidak hairanlah masyarakat menukar PDRM menjadi PRDM-Polis Raja Di Malaysia.Bila diteliti dan diperhalusi,ada juga kebenaran dengan gelaran PRDM ini kan. Kita mengharapkan agar status PDRM dapat dibersihkan lepas ini.

Mengenai kesalahan adik AminulRasyid pula,kita juga perlu mengambil segala iktibar dalam kes ini. Memang tidak dapat dinafikan,dia telah pun melakukan kesalahan mengikut undang-undang iaitu memandu tanpa lesen. Bilamana kita menyebut pasal memandu tanpa lesen ini,saya percaya semua antara kita pernah melakukannya dan merasai situasi ketika berhadapan dengan polis.Perangkaan dari Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) menunjukkan bilangan remaja bawah umur yang memandu tanpa lesen terus meningkat setiap tahun. Pada 2007 remaja bawah umur yang dicekup kerana kesalah ini ialah 940 orang,tahun 2008(1190),2009(2034) dan tahun ini setakat Mac,jumlahnya 374.Itulah jumlah-jumlah yang Berjaya direkodkan menerusi operasi-operasi jalan raya yang dilakukan. Bilangan sebenar remaja bawah umur yang memandu tanpa lesen tentulah jauh lebih tinggi apa yang direkodkan. Kita lihat sendirilah di sekeliling kita. Saya juga masih ingat ketika belum memiliki lesen. Saya dan seorang rakan sentiasa menunggang motosikal tanpa lesen dan berkeliaran di sana sini. Kami sudah pun puas berhadapan dengan polis. Beberapa kali kami menggunakan trick untuk melepaskan diri dari sekatan jalan raya(naik moto,memang senanglah nak lepas kan). Nasib baiklah semuanya Berjaya. Fuh!Nasib baiklah tak kena tembak kan...hehe.

Menyentuh pasal memandu tanpa lesen ini,memang akan lahir dalam hati kita perasaan yang kurang senang bila memandu. Kita akan sentiasa takut dan gelisah dengan kehadiran polis. Maka tidak hairanlah kita akan melakukan perkara yang di luar kawalan apabila terserempak dengan polis,lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan sekatan jalan raya. Jadi samalah situasi ini berlaku kepada adik AminulRasyid. Dia mungkin gementar dan takut bila berhadapan dengan situasi tersebut. Maka,perkara-perkara yang di luar kawalan pun akan berlaku.

Jadi apa yang dapat kita ambil daripada kes ini adalah mengenai peningkatan ‘budak-budak’ yang gemar memandu tanpa lesen.Saban hari kita menyaksikan begitu ramai ‘budak-budak’ bawah umur tanpa lesen yang menggunakan kenderaan di sekitar jalan raya dengan penuh kebanggaan.Semangat ingin mencuba begitu kuat dalam diri mereka ditambah pula dengan kemanjaan ibu bapa mereka yang hanya melepaskan tangan berkaitan isu ini. Jadi lepas ini,kita harap masing-masing dapat memainkan peranan dalam membasmi keadaan ini daripada terus berlarutan.Mungkin ada hikmahnya menegenai tragedi adik Aminulrayid. Lepas ini remaja bawah umur pasti akan berfikir 4 5 kali sebelum cuba memandu tanpa lesen. Peluru-peluru pasti akan mencari mereka jika mereka berbuat demikian. Hehe...

Ibnu Ramlee,Ruang Tamu Darul Salam(DS),6 Mei,12.03 pm.

Labels:

0 comments:

Post a Comment