Quran MP3 - القرآن الكريم - koran karem

7:45 PM / article by budok plose / comments (0)

ustaz Azhar - takbir ultraman

11:11 PM / article by budok plose / comments (0)

Ust. Azhar - kawin oi

11:04 PM / article by budok plose / comments (0)

SELOKA 3 DDJ SEKSYEN 17

5:28 PM / article by budok plose / comments (0)


Tak tahu jumlah budak kelas ini ,,
selalu kecoh kesana kemari ,,
rajin dan malas itulah kami ,,
3 DDJ nama diberi ..

seorang puteri dikelas kami ,,
orangnya memang baik hati ,,
Nur Izzati berbudi pekerti ,,
sentiasa sabar comel sekali ..

Chinese kami memang selamba ,,
Kek n Tok itulah dia ,,
Budak Kelantan sorang saje ,,
Pijo pramatang terkiut di dunia ..

idola kami budak lelaki ,,
dia memang pandai mengambil hati ,,
Amar Aiman empunya diri ,,
dia juga agak "misteri" ..

Hafizi Ismail nama diberi ,,
eventhough ganas tetap baik hati ,,
Syafiq dan Nasri bijak bestari ,,
selalu berkawat kanan dan kiri ..

Kannan dan Thenesh kacak sekali ,,
hanya mereka berdua putera hindustan kami ,,
putera korea pula memang tinggi ,,
Ashraf Gu Jun Pyo nama diberi ..

Tanjung dan Radin ganas sentiasa ,,
kalau bersembang x ingat dunia ,,
seorang lagi memang hensem gila ,,
Fikri Alawi namanya pandai lah juga ..

dua-dua agak tampan ,,
Nami dan Fadzli dua sekawan ,,
Din dan Ujang suka berkawan ,,
tak pernah tengok mereka berlawan ..

Haziq dan Syukran dua sekawan ,,
Main futsal selalu berlawan ,,
Nasa ,Amri dan Tengku tiga perawan ,,
main basket selalu berteman ..

seorang yakuza seorang genji ,,
Aziz dan Afiq nama diberi ,,
Si Nazri comel suke mengkaji ,,
Alif si roommate sedih menyendiri ..

Razif dan Shimi itulah dia ,,
selalu bersama gelak ketawa ,,
Danny dan Syuk baik gila ,,
mereka agak seksi orangnya ..

Jamal goalkeeper memang baik ,,
pergi bilik
Sam takmboh tubik ,,
Pali dan Ben roomate terbaik ,,
mereka berdua macam adik beradik ..

Irfan dan Nizam ganas sentiasa ,,
mereka ganas macam orang gila ,
Hamdi aka En zainuddin cute orangnya ,,
Macam pensyarah kegilaan sedunia ..


JO blok C suke makan hati ,,
ARIF tak suke roti ,,
mereke berdue rempit sejati ,,
tak hairan menjadi sahabat sejati ..

Pergi DK nak jumpe Dr Astuti
kelas cancel ganti esok pagi
kalau ada terasa hati
lantak lah aku suka hati

Aku,Mohd Zulhilmi Bin Mohamad Ramlee ingin memohon beribu kemaafan atas segala keterlanjuran,kekhilafan n kesilapan yang aku lakukan terhadap kalian selama 3 tahun kita bersama. Mugkin kite agak sukar untuk jumpe lepas ni. Selamat grad kepada rakan2ku semua. Jangan lupakan kami yang extend ni ye..he..
semoga kalian dapat menyambung ke peringkat yang lebih tinggi dan dapat menggapai cita2 kamu semua. Belajarlah sebaik mungkin.Kepada yang muslim,jangan hanya belajar ilmu engineering,kukuhkan asas2 fardu ain n carilah bekalan ilmu agama sebanyak mungkin. Jangan sesekali memisahkan agama dengan kehidupan. Islam way of life.B a good muslim...



Labels:

Nikmatnya Ujian

9:11 AM / article by budok plose / comments (0)


Aku inginkan kekuatan seperti dulu.Mengapa aku begitu lemah sekarang ye.Mengapa aku perlu sedih dengan ujian2 yang berterusan daripada Allah swt?? Tidakkah itu satu tarbiyah kepadaku. Tidakkah itu maknanya Allah sayang akan diriku ini. Ish...tak malunye aku ni. Mengaku cintakan Allah n Rasul tapi tak selari nge perbuatanku. Ya Allah,kuniakan kepada kekuatan untuk menghadapi segala mehnah n tribulasi ini. Bantulah aku sentiasa bergerak aktif dalam gerak kerja islam ini. Jangan jadikan aku layu n lemah tak berdaya. Aku adalah seorang yang hebat tetapi menjadi lemah disebabkan mainan perasaan sendiri.Aku ingin berfikir n berjiwa besar. Aku pasti aku boleh,cume aku je yang tak bersungguh-sungguh..haish...

Hm...mengenai ujian n cabaran ini,ingin ku coretkan pengalaman manisku bersama sahabat2 sewaktu melakukan gerak kerja islam ini(semoga Allah menerima amalan kami yang tak seberapa ini) Sewaktu tu,(tak ingat tarikh bile),aku,akh Rahmat,akh Hafizi,Akh Saiful Lizam,Akh Tasnim n Akh Zulfahmi ditugaskan untuk menghandle program motivasi anjuran Paksi under Dewan Muslimat PAS Kuala Selangor.Program ini untuk peljar2 UPSR,PMR n SPM. Tempat kat Kuala Selangor tapi tak ingat.

Sebelum memulakan perjalan kami berkumpul di rumah keramat kami,Darul Salam. Tepat pada pukul 3 petang kami bertolak dengan menaiki motosikal. Biasalah rempit kan. Kami memilih jalan yang bergaung2 melalui hulu Gombak. Kononnya shotcut untuk ke Kuala Selangor. Setelah 1 jam lebih melalui kawasan yang agak menyeramkan itu,kami sampai ke satu tempat yang amat familiar bagi kami. Genting Sepah. ??? Haha,kami hanya mampu tertawa. Begitu yakin sampai ke destinasi tetapi tempat yang kami baru saja smpai ini jauh tersasar dari tempat asal. Kami pun pulang balik ke KL. Kami berhenti solat Asar di Masjid Abu Ubaidah. Masjid berhampiran rumah kami,DS. Hm..nak pegi masjid ni pun kene lalu genting sepah ye. Biasanya kami mengambil masa 2-3 minit je ke masjid Abu Ubaidah aka Masjid Sri Rampai tapi kali ni hampir2 2 jam untuk ke sana. Huhu..hebat!!!

Selepas menenangkan diri dengan solat n zikir kami terus merancang strategi untuk ke tempat program. Kami menjangkakan akan sampai di sana sebelum isyak. Then,kami pun bertolak dengan penuh semangat. Dalam perjalanan aku tak ingat macam mana kami pilih jalan. Semasa dalam perjalanan,tiba2 saja motor yang aku naiki bersama akh Saiful terpancit.Kami terpaksa memberhentikan motor n mengheret motor ke tempat pondok pengawal kawasan landasan keretapi. Mase tu waktu lepas maghrib. Dan kawasan di situ amat sukar untuk mencari kedai motosikal. Kami mulai cemas. Akh hafizi cuba mencari kedai moto n Alhamdulillah jumpa la satu kedai cina.(ish..asyik2 Cina je conquer perniagaan di bumi yang majaoriti melayu ni ye. Melayu ble lagi??Layu lagi ke??)Kami pun menunda motor ke kadai tersebut. Uish,kami terpaksa berhati2 sewaktu menunda motor tersebut. Biasalah,jalan besar,juara dengan kenderaan yang pelbagai.Kedai tersebut sepatutnya dah nak tutup kedai tapi kami Berjaya memujuk mereka untuk menguruskan moto kami.Fiqh Awlawiyat kan...hehe.. Alhamdulilah,motor kami Berjaya dipulihkan.

Kami pun meneruskan perjalanan yang tak jelas ini. Kami masih lagi tak Nampak jalan yang mane kami patutu lalui. Redah ajelah. Hinggalah kami di tahan oleh bebera anggota polis. ??? Kenapa plak ni. Kami akhirnya disaman akibat melanggar lampu merah n membuat u turn di tempat yang ‘diharamkan’ untuk buat u turn. Hmm..banyak la plak kesalahan kami. Kami terpaksa membayar hampir RM 250 per moto.(saman sampai seminggu kemudian)..huhu..pulak dah...

Kami teruskan perjalan walaupun banyak halangan yang terpaksa kami lalui. Alhamdulillah kami sampai ke tempat tuisyen milik Paksi dalam pukul 12.40 pagi. Kami rehat di situ sebelum ke tempat program pagi besoknya....hehehe...bestnye trip kali ni...

Alhamdulillah,walaupun agak seksa untuk sampai,akhirnya kami barjaya melakukan. Tahniah!! Kami tak akan lupakan peristiwa menarik ini...

· Mengambil masa 7-8 jam di atas motor untuk sampai ke Kuala Selangor. Sepatutnya 1-2 jam dah bleh sampai..

· Tayar pancit di tengah jalan

· Disaman polis dengan 2 kesalahan sekaligus

Walaupun sukar perjalanan ini,tapi alhamdulilah,kami Berjaya mengendalikan program tersebut dengan jayanya. Kami tetap gembira dengan semua ini.


d

Walaupun sukar perjalanan ini,tapi alhamdulilah,kami Berjaya mengendalikan program tersebut dengan jayanya. Kami tetap gembira dengan semua ini.

Labels:

Solat oh solat..

6:12 AM / article by budok plose / comments (0)


Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah,
Hidup senang rezeki datang melimpah,
Nak dirikan sembahyang, rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Allah tarik nikmatku sampai nangis keluar air mata darah barulah padah.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Allah kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih baik daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara aman damai tak lagi hidup berdagang,


Apasal laa aku malas sembahyang,
Allah kasi
otak supaya aku tak bangang,
Allah kasi
ilmu boleh fikir susah senang,
Allah kasi
nikmat kenapalah aku tak kenang,

Apasal laa aku malas sembahyang,
Tengok TV, main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert, bayar time shopping aku sanggup beratur panjang,
Ingat masuk syurga masuk neraka boleh main hutang-hutang?!!

Apasal laa aku malas sembahyang,
Aku kena ingat
umur kita bukannya panjang,
Pagi sihat entah petang nanti dah kejang,
Nanti dalam kubur kena
balun sorang-sorang.

Apasal laa aku malas sembahyang,
SIKSA neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang tiada kesudahan.
Janji Allah Taala akan tertunai
tak siapa boleh halang!!!

Labels:

Inter vs Barcelona 3-1 ( 20/4/2010) HD

1:46 AM / article by budok plose / comments (0)

Top 10 Goals - Barcelona Vs Real Madrid

1:31 AM / article by budok plose / comments (0)

Jom Make-up..

9:21 PM / article by budok plose / comments (0)


Wanita,perempuan,gadis n len2 la…….Memang bilamana sebut saje gadis jelite,kite terus terbayangkan muke yang cantik,tubuh yang elok,suara yang lunak dan ape2 jelah bergantung pada individu yang menafsirkan. Memang wanita dijadikan oleh Allah dengan segala keindahan. Lelaki biasanya akan tewas dengan keelokan wanita ini dan mereka menjadi ancaman kepada lelaki. Hatta tok imam pun akan reboh golek guling bating kalau melihat wanita2 yang hot ini(perumpamaan je,bukan tujukan pade tok2 imam2 ye)….Apatah lagi remaja2 skung yang kurang tarbiyahnya…Dan reality hari ni kite melihat berlaku transformasi pakaian kepada wanita2 islam. Jike dahulu ayu dengan baju kurung n baju kelawar(haha.baju kelawar? Dok2 eah),kini berubah dengan jeans ketat n t-shirt singkat milik adik(kekoknye melihat wanita yang bejeans ketat n bert-shir ketat tapi bertudung,macam OKU je..). Habis segala benda ingin didedahkan kepada masyarakat umum. Yang kesiannye mestilah kaum adam ni kan….cube menahan pandangan,tapi apakan daya………. Dan wanita ini juga sinonim dengan make-up. Menurut kajian 80% wanita menghabiskan sekurang2nya 5-6 jam sehari di meja make-up(maaf,tipu je la). Tapi memang wanita ni,sebelum keluar ke satu tempat,kadang2 sampai berjam2 melakukan aktiviti di meja make-up. Dan bila menyebut perihal make-up ni,ade yang sanggup mengahabiskan beribu2 ringgit untuk membeli bahan2 kosmetik di pasaran. So,di sni ade beberapa tips2 u melakukan make-up yang betul..:)p

1.Pakailah sabun istighfar yang dapat
menghilangkan kuman-kuman dosa dan
kesalahan.


2.Rawatlah rambut anda dengan jilbab
islami yang akan menghilangkan ketombe
pandangan laki-laki yang membahayakan.


3.Jadikanlah menundukan pandangan
sebagai hiasan mata anda, niscaya akan
semakin jernih dan bening karna
terpoles dengan kemanisan iman.


4.Bedakilah wajah anda dengan air
wudhu niscaya akan bercahaya di
akhirat kelak.


5.Gunakanlah pemerah pipi anda dengan
kosmetik yang terbuat dari rasa malu
yang berasal dari salon iman.


6.Poleskan lipstik kejujuran pada
bibir anda niscaya akan semakin manis
dan indah.


7.Gunakanlah parfum yang berasal dari
akhlak islami di seluruh tubuhmu,
niscaya akan semakin harum.
8.Hiasilah kedua tangan serta jari-
jari anda dengan gelang tawadhu dan
cincin ukhuwah.


9.Sebaik-baik kalung yang anda
kenakan adalah kalung kesucian

Selamat beramal.Semoga kalian menjadi wanita yang amt bersih n jelita dengan mengamalkan make-up di atas. Seindah2 perhiasan adalah wanita solehah.

*Berusaha menyolehkan diri untuk mendpatkan wanita solehah sebagai isteri..:)

Labels:

12 SIFAT SAHABAT SEJATI

2:47 AM / article by budok plose / comments (0)



1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya,
ia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan
dengannya, dia akan membalas baik
persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan
daripadanya berupa wang dan sebagainya
ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu
kebaikan kepadanya, ia akan menerima
dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan
(bantuan) daripadamu, ia akan menghargai
atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak
baik daripadamu, ia akan menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan
daripadanya, ia akan mengusahakannya


8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu
hendak meminta), ia akan menanyakan
kesusahanmu


9. Jika datang sesuatu bencana menimpa
dirimu, ia akan meringankan
kesusahanmu(membuat sesuatu untuk
menghilangkan kesusahan itu)


10. Jika engkau berkata kepadanya,
nescaya ia akan membenarkanmu


11. Jika engkau merancangkan sesuatu,
nescaya ia akan membantumu


12. Jika kamu berdua berselisih faham,
nescaya ia lebih senang mengalah untuk
menjaga kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya
individu yang perlu memiliki sifat-sifat
di atas. Semoga persahabatan dan
persaudaraan sesama kita sentiasa
berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah
Islamiah..





Labels:

Misteri Adik beradik UTMKL..Part 2

9:36 PM / article by budok plose / comments (0)

Sebuah moto lc TAQ bewarna merah laju menyusuri pinggiran tasik di sri rampai. Penunggang moto tersebut,ben begitu sedih dengn kelakuan pali tadi. Banyak titisan air mata Ben jatuh bercucuran akibat tidak dapat menahan kedukaannya tadi. Ben masih ingat ayat pali sewaktu lawatan mereka ke bilik pijo tadi.

“Jo,ko kiuk la Jo. Aku suke ah nge ko ni. Dahla perangai macam budok tadika. Geram aku tengok ko Jo” kate pali sambil mengulas lembut pipi Pijo.

“I pun dah lame minat kat U. Tapi U kan duduk kat blok C. Jauhla untuk kite bermesra. Sebab tu I plih Ajih je.” Pijo mmbalas sambil mengusap rambut Pali yang berkilat seperti Amri Yahya.

Selepas perbualan itu hidup ben n Ajih diselbungi kegelapan. Tidak sanggup rasenya untuk mendengar perbualan mesra antara Pijo n Pali. Ben mengambil langkah drastic dengan membawa lari dirinya yang lara bersama moto lc nya. Ben bersiar2 di tasik sekitar sri rampai n memilih Restoran al-Ehsan sebagai tempat melepaskan perasaanya. Ben membuke dompet yang baru di beli nya di Danau dan mengeluarkan gambar2 kenangan bersama Pali. Titisan air mata ben semakin laju jatuh mengalir di pipinya yang gebu. Bagi Ben,Pali amat bermakna dalam hidupnye…

Sementara itu Ajih yang terkilan dengan sikap Pijo pergi ke bilik Piji untuk mendapatkan balik semangat untuk hidup. Piji yang baru selesai mandi terkejut dengan kehadiran Ajih dan cepat2 menutup tubuhnya yang hanya memakai tuala itu dengan kain langsir di biliknya. Ajih menyedari tindakan piji itu lalu memalingkan mukenya kea rah lain. Pipi Ajih merah menahan malu dengan situasi itu.

“Sori Jih,I baru mandi. Well,asal u datang bilik I ni? Smthg wrong?” Tanya Piji lembut sambil mengemaskan pakaian Afiq yang berselerakan di katilnya.

“Ajih nyesal Ji. Dulu Ajih tinggalkan Aiman. Sekarang perkara tu berbalik kepada Ajih. Ajih pulak ditinggalkan oleh Pijo” Ajih menjelaskan keadaan yang berlaku sambil matanya merah menahan air mata daripada mengalir.

Pranggg!!!

Satu tamparan hinggap di pipi kanan Ajih. Tangan Piji yang kasar itu terasa kebas setelah membuat tamparan itu. Pipi Ajih berdarah. Amat kuat tamparan tangan kanan Piji tadi. Mujurlah Piji sempat menyapu losyen Syahirah milk Pijo tadi sebelum membuat tamparan itu. Kurang skek kesakitan yang di alami Ajih.

“kenapa Piji buat Ajih camni??kenapa tamparan yang menjadi habuan bagi Ajih setelah Ajih ditinggalkan? Ajih menangis teresak2 sambil memeluk bantal milik Afiq di katil Piji.

“Tu soalan budak2 la Ajih. Tak perlu tanye. Tula..rapat sangat nge Pijo. Kang dah jadi budak2. I tampar U mestilah besebab. I kan pakar motivasi kat unversiti ni. Beginilah. Ajih lupekan pijo. Ye tak de pape pun. Ajih cari la pengganti lain. Tengku masih ade lagi kat bilik Erhan tu. I dengar Erhan selalu menggangu tengku sehinggakan Tengku jarang2 ke kuliah akibat trauma. U cubelah amik ati Teku tu. I akan bagi tips untuk menambat ati Teku. U nak tak Ajih??” Leter piji dengan gaye seorang motivator.

“Hmm,teku pun ok gak. Takla sunyi I nanti. Ajih nak balik kepada Aiman,tapi Ajih rase mustahil la untuk Aiman terima Ajih kembali. Piji bagitau la camner nak amik ati Teku.”

“ha..tau pun U. Aiman tu susah untuk kita ambil balik ati die. Die tu kan manusia paling pelik tapi cool kat kolej kite. Mustahil la die nak balik kat Ajih yang takde pape ni. Well,untuk amik ati teku ni Ajih cume perlu ajak die maen Pes je. Mudah je. Cubelah,Piji akan bantu Ajih slow2 nanti.”piji menerangkan dengan panjang lebar sambil mengesat air mata ajih yang masih mengalir di pipinya.

Ajih pun tanpa bercakap banyak terus mengambil hp piji dan menghantar mesej kepada teku. Piji berang dengan sikap Ajih yang mengambil haknye tanpe kebenaran tetapi emosi piji berjaye dikawal setelah melihat Afiq muncul di pintu biliknya. Ajih melihat kehadiran Afiq n faham apa yang pelu dilakukan. Ajih terus bersalam dengan Piji tande tme ksih n meninggalkan bilik untuk memberi ruang kepada Piji n afiq untuk beramah mesra .

Afiq sempat menjeling Ajih dengan perasaan tidak puas ati. Afiq takut Ajih akan meracuni pemikiran Piji dengan perkara2 yang tidak sepatutnya. Afiq yang keletihan setelah studi di PSZ cube bersangke baik nge Ajih n terus bergolek di atas katil Piji. Piji faham akan situasi itu. Piji pantas mencari komik Shin Chan dan duduk di sebelah Afiq. Seperti biasa,Piji akan membacakan komik kepada Afiq untuk melenakan lagi Afiq. Mereka sempat bergurau mesra sebelum tidur. Ajih yang berada diluar bilik piji sempat melihat kemesraan itu melalui celah2 pintu bilik Piji.Dia kagum dengan perhubungan Pij N Ajih. Amat berbeza dengan dirinya yang telah 2 kali putus dengan pasanganye,Aiman n Pijo.

Sementara itu teku yang baru bangun tido tersentak bila mendapat mesej daripada Ajih. Die cepat2 ke tandas untuk membace mesej itu,takut disedari oleh Irhan. Alangkah bahagienye Teku bile mendapat jemputan untuk bermain Pes dengan Ajih. Bagi Teku inilah peluang untuknya merebut hati Ajih dengan mempamerkan kehebatanye dalam permainan Pes ini. Teku begitu yakin dengan kemampuanye setakat ini. Die tak mahu sejarah hitamnye berulang lagi. Teku masih ingat sewaktu perlawanan liga Pes yang disertai oleh Aiman,Ben,Pali,pijo,Ajih,Flop dan Pji. Teku amat sedih ketike itu kerna berada dikedudukn yang tercorot. Langsung tiada kemenangan yang di catat. Flop berada di atas liga setelah membolot semua kemengan di ikuti Aiman,Ben,Pijo. Pali n Ajih berkongsi tangga kedua terbawah liga setelah masing2 meperoleh 1 kemenanga melalui sepakan penalty. Setelah kekalahan itu,teku sanggup ponteng kuliah semate2 untuk berlatih Pes nge Irhan. Sebentar lagi teku akan menguji kemampuannye untuk beradu prlwanan pes dengan Ajih. Setelah bersiap ,Teku merampas joystick milik Irhan dan terus ke bilik Ajih. Hati Ajih berbunge2 menerima kunjungan Teku itu. Ajih telah pun selesai setting untuk perlawanan Pes itu menggunakn laptop Pijo. Walaupun telah tiada ape2 hubungan nge Pijo,tetapi laptop pijo tetap di hati Ajih. 2 minit kemudian,perlawanan bermula. Ajih berjaya melupakan kesedihanye dan mule untuk ketawa. Sekali sekala Ajih menjeling Teku dengan harapan untuk menawan ati Teku. Teku menyedari hal itu n memberikan respon yang baik kepada Ajih.

“Ni,pinjam gitar ni. Nok men lagu Keungulan Terbilang skali” Aiman mendesak Dini untuk meminjamkan gitar kepadanya.

“Eh,amik r.. memang gitar ni aku nok v ke mu pun. Ben..ngong…”Dini memberikan gitar kepada Aiman. Tapi dalam mase yang same,Dini begitu bimbang dengan hal ini. Seperti diketahui umum Aiman merupakan budak nakal yang lahir dari keluarga berada. Rumahnye begitu besar sehinggakan rumah burung merpati peliharaannye di luar rumah menyamai saiz rumah Dini. Amat menakjubkan. Aiman ni boleh kita ibaratkan macam Sek2 F4. Jadi tidak hairanlah jika Aiman selalu koya yang die ni salah satu daripada F4. Beliau sanggup menyelinap ke bilik pijo n merampas laptop pijo semata2 untuk melihat drama f4. Dan apa yang menyedihkan beliau sanggup meniru aksi gu jun pyo(watak dalam F4) ketike makan ramen. Untuk pengetahuan pembace,Aiman tak tahan dengan aksi itu lantas menyelongkar loker pijo untuk mencari meggi. Beliau juge mencari bekas2 kuih raye yang masih elok di dalam tong sampah di sekitar tingkat 2 untuk memasak meggi. Setelah itu,die dengan banggenye memakan meggi(Aiman anggap ramen)milik pijo di dalam bekas yang di ambilnya dari tng sampah. Mudah2han pembace tidak meniru aksi Aiman ini.Selain itu, Aiman juge merupakan seorang pelajar yang pintar di unversiti ini. Jadi tidak hairanlah jika mulutnye tak lekang dari menyanyikan lagi keunggulan terbilang bersama2 albert(konon Duet le tu,koya lagi Aiman ni). Tetapi perkara yang paling merisaukan dini ialah aiman sebenarnya lansung tidak pandai bermain gitar ini. Bakat aiman lebih terserlah dalam permainan futsal bersesuain dengan saiz badanye.(Aiman akan berlatih futsal dengan Amir 2 DDA di court blok C setiap petang khamis. Sesiapa yang ade kelapangan buleh la melihat aksi2 Aiman sepanjang latihan tersebut. Masuk adalah percume)

“Er..Man,mung panda main dok? Biah aku main ah. Mung tukang nyayi doh r. Aku takut Sesutu yang tak pasti berlaku ke mung. Aku bukan mende. Aku sayang mung. K gane mang?” Dini cube memujuk Aiman walaupun tahu Aiman brhati keras n sukar untuk meneriman pandangan orang lain.

“Senyap ah mu Nii. Aku plop nok main. Mu men sokmo doh kan. Albert ajo aku doh. Mu jangan pandang rendoh ah ke aku. Aku kepok pale mu kang” Marah Aiman dengan slownye..

Dini tak dapat buat ape2 n hanye membiarkan Aiman meratah gitar miliknya. Setelah 3 minit Aiman memetik gitar sesuatu yang aneh telah berlaku pada dirinye. Aiman meraung kesakitan. Dini yang sedang studi tersentak dan melihat perlakuan Aiman. Alangkah terkejutnye Dini bila mendapati betis Aiman berlumuran darah. Rupe2nye tali gitar terbelit betis Aiman yang licin itu sehingga menyebabkan pendarahan.

Dini yang kaget dengan situasi ini terus memanggil Albert untuk meminta bantuan . Albert lantas meninggal asignmentnye yang sudah 1 sem tertangguh n berlari ke bilik Dini. Albert mengelap titisan2 kecil air mate aiman di pipi dan mendukung Aiman untuk dibawa ke klinik bawah blok B. Pok Jat yang kebetulan sedang menggunting rambut flop hanya melihat perkara itu tanpa menghulurkan bantuan. Bagi Pok Jat Flop lebih penting daripada Aiman.Sementara itu ,Dini mengabaikan Aiman (dok nayan)dan meneruskan studinya.

“tulah padanye bile orang cakap besar.” Desis ati keci Dini.

“Maaf dik,betis adik banyak kehilangan darah. Saya terpaksa memotong betis adik.” Kata2 doktor muda itu begitu dasyat sehingga menggugurkan jiwa aiman. Hati Aiman remuk dengan penjelasan itu.

“Takde care len ke Doc? Pliz..Help me. I’m ur cutest patient..Plizz.” Aiman memujuk doctor supaya tidak memotong betisnya.

“Maaf dik,saye tak kire sejauh mane kekiutan adik. Saye hanye menjalankan tugas. Adik jangan bimbang. Adik buleh pakai betis palsu. Sekarang ni ramai yang pakai betis plastic untuk tujuan kosmetik. Nanti adik cubela pakai. Adik cube cari stok kat Mydin Pudu nanti ye..” Doktor muda itu memujuk lembut Aiman…..

Apakah yang akan berlaku selepas ini?
Adakah betis Aiman akan dipotong n di gantikan dengan betis platik?
Adakah Albert akan medermakan betisnye kepada Aiman?
Bagaimana pula keadaan Pali n Pijo yang baru berputik kasih sayang mereka?
Apakah yang akan terjadi kepada Ben?
Siapakah Flop n Pok Jat sebenarnye?
Bahagiekah Teku n Ajih nanti?

Dapatkan jawapan di episode seterusnye..
Jangan lupe untuk temui kisah ini dalam Part 3……..
Banyak watak2 baru akan muncul…………

Student mechanical di Universiti Princeton,Amerika Syarikat

Labels:

Misteri Adik beradik UTMKL..

9:32 PM / article by budok plose / comments (0)

Itik skati sedang berenang bebas di tasik tepi KSJ. Mereka begitu bahagia bersama pasangan masing-masing.Di tepi tasik tersebut tersegam indah sebuah bangunan antic yang kurang cantik. Bangunan itu menempatkan pelajar university teknologi Malaysia,UTMKL...Kawasan itu diberi nama Kolej Kediaman Siswa Jaya. KSJ terbahagi kepada 3 Blok yaitu A b n C

Blok B merupakan blok yang paling bersinar kerana semua pelajar2 pintar dan berakhlak mulai di tempatkan di situ. Dan bilik yang paling bersih adalah bilik b-2 50 diikuti bilik b-2-51. Di dalam bilik b-2-50 ini terdapat 2 orang roommate yang amat mesra yaitu DIN dan PIJO AWANG.
Mereka hidup begitu bahagia. Mereka sentiasa bersama2 anytime anywhere. Banyak kenangan2 yang mereka lalui bersama. Antaranya makan megi,tengok f4,beli hotdog di JJ dan kadang2 sanggup berkongsi katil sebagai bukti kasih sayang mereka. Namun kasih sayang mereka tidak bertahan lame lantaran kehadiran seorang jejaka dari johor yang mempunyai perwatakan yang amat menarik. Beliau yang dimaksudkan ialah AJIH…

Pada tanggal 20 ogos 2009,Satu peristiwa besar telah berlaku sehingga mengubah sejarah dunia. Setelah selesai makan DIN naik ke bilik dan begitu terperanjat DIN apabila melihat PIJOn AJIH berdua2an sambil AJIH mengurut kaki PIJO yang tercedera ketika bermain futsal menentang 2 DDA ..DIN tidak sanggup melihat aksi itu lalu meluru ke bilik PIJI untuk mengadu kesedihan yang dialaminya. PIJI yang ketika itu sedang membaca komik SHIN CHAN tidak dapat berbuat apa2 kecuali memeluk DIN dan meniupkan kate2 semangat di telinga kanan DIN. ..PIJI merupakah bekas leader punk di dungun. Setelah mendapat tawaran belajar di utm,beliau meninggalkan kerjaya lama beliau dan cube untuk menjadi pelajar contoh kepada remaja2 di kampungnya yang banyak tersasar dari landasan sebenar. Sehingga sekarang piji masih lagi menjadi tempat rujukan untuk pelajar2 yang bermasalah. Beliau begitu pandai menggunakan pengalamannye selaku leader punk selama 8 tahun di dungun bagi menyelesaikan masalah pelajar2 utm. Jadi tidak hairanlah kalau biliknya akan sentiasa penuh setiap kali pengajian bermula.

Berbalik kepada DIN.. Setelah kejadian yang amat melukakan hati DIN itu,DIN telah menghantar satu mesej kepada PIJO. Mesej itu amat pedih bagi PIJO bak sembilu menusuk di kalbu.. Din inginkan pijo melupakan die dan menganggap kasih sayang mereka selama ini hanyalah sebuah lakonan dilayar perak. Walaupun sukar untuk pijo menerim a,tetapi nasi telah menjadi bubur. Pijo tak sangka begitu cepat hati din berubah terhadapnya. Pijo cuba menjelaskan salah faham yang berlaku tetapi din tetap berkeras dengan pendiriannya.

Pijo kesal dengan sikap din dan tidak menyalahkan ajih sebagai pemutus hubungan mereka.. Selepas beberapa minggu ,pijo berjaye melipakan 100% diri Din. Pijo n ajih akhirnya menjadi rapat n pijo sedikit sebanyak telah dapat menerima ajih sebagai pengganti din.
Pijo n ajih akhirnya bersatu. Ajih sebenarnya tidak iinginkan hubungan itu tetapi dipaksa oleh pijo. Pijo begitu cekap menawan isi ati ajih. Pijo berjaye mengumpan ajih dengan mewarkan laptop dan motonya kepada ajih. Ajih amat tertarik akan tawaran ini kerana ia akan memudahkan beliau untuk ke kuliah(walaupun jarang ke kuliah) dan untuk online fb. Hubungan mereka bejalan lancarsehinggalh aiman,roommate ajih mendapat tahu ahal ini.

Batin aiman amat terseks bila mendengar berita daripada rakan sekerjanya di mydin,ben mengenai hubungan pijo n ajih ini. Aiman begitu terkilan dengansikap ajih. Aiman selalu berkorban untuk ajih. Aiman sanggup melupakan waktu tidonnya semata2 untuk meringankan beban kewangan ajih. Aiman terpaksa memerah keringat dengan bekerja sebagai cashier di mydin. Aiman langsung tidak menyangka ajih akan curang dibelakangnya. Munigkin ajih kekurangan kasih sayang daripada aiman kerana aiman sibuk dengan kerja n kuliahnya. Aiman tidak dapat menahan lara di hatinya n terus mengambil keputusan yang amat berani. Beliau serta merta berhenti kerja dann berpindah bilik ke tingkat 6. Aiman tak sanggup untuk menatap wajah ajih. Biarlah masa yang akan mengikis sedikit demi sedikit memori mereka bersama-sama.

Aiman kini selesa dengan roomate barunya.seorang foreigner yang bernama albert. Aiman tidak lagi kecewa. Albert banyak member dorongan kepadanya. Jika aiman sedih,die akan ke bilikm pok jak untuk mengepau rokok. Jika die bosan die akan ke bilik dini untuk bermain gitar. Aiman amat pandai dalam permainan gitar ini.sehinggakan bulu di betisnya takut untuk muncul. Jadi tidak hairanlah jika aiman digelar si betis licin. Sememangnya betisnya amat licin disesuaikan pula dengan saiznya yang amat luar biasa. Aiman akan menggunakan kelebihannye ini dengan sepenuhnya. Tak kira tempat,beliau akan menyinsing seluar nya untuk mempamerkan betisnya. Dan tubuhnya tak lekang dari seluar terbaiknya,topman.

Ajih menyedari kelainan yang berlaku kepada aiman tetapi buat2 derk aje. Siapalah aiman jika nak dibandingkan dengan pijo. Bagi ajih pijo adalah segalanya. Ajih amat ghairah setiap kali melihat pijo bermain futsal. Pijo amat terkenal dengan bakatnya dalam permainan futsal. Die begitu pandai menjatuhkan maruah pasukan lawan hanya dengan mengolekan mereka. Mata ajih tidak akan berkelip setiap kali pijo beraksi di court futsal.. Pijo juga memang terkenal dengan dirinya yang amat kebudak2kan. Waalaupuin dah berumur puluhan tahun,die tetap seperti budak sekolah rendah. Childish n babycry.

Setelah 2 minggu kuliah bermula 2 orang jejaka macho dari blok budak2 nakal,blok C telah datang melawat blok b. mereka adalah pasangan yang sentiasa melekat. Mereka di gelar pali ben.
Pali adalah lelaki dari bukit paying yang amat cool tetapi sedikit jambu n beminat 80% terhadap lelaki. Ben pula jejaka kiuk yang amat menawan hati sesiapa yang melihatnya. Mereka telah datang ke bilik pijo un tuk bersama2 mengulangkaji pelajaran. Tetapi perkara sebaliknya berlaku. Tidak di sangka2 pali telah mengeluarkan satu ayat yang amat dibenci oleh ajih n ben. Pali amat teruja melihat pijo dari jarak dekat sehingga melontarkan kate2 romantik kepada pijo. Ajih dan ben yang mendengar statement itu naik berang. Situasi tegang. Ajih marah kerana pali mengacau pijo n ben terkilan kerana pali curang denganya. Pijo sedikit tertawan dengan wajah kiuk pali sehingga serba salah pijo di buatnya.

Apakah yang akan berlaku selepas ini?
Adakah aiman akan muncul sebagai penyelamat?
Apakah peranan piji nanti?
Ikuti sambungannye yang akan menampilkan watak2 baru yaitu jamal,shimi,afik,dini,pok jak n banyak lagi.

Bersambung…….(lengoh naip eh…)


Labels:

Doa Rabitah

8:19 PM / article by budok plose / comments (0)

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..

Labels:

Ada Apa Dengan Cinta?

8:08 PM / article by budok plose / comments (0)





Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Sejak kebelakangan ini ada orang yang berkata, “Bukankah Islam ini sebuah agama kasih sayang?” Justeru, kenapa perlu dihalang orang yang ingin menunjukkan kasih sayang dan cintanya dengan berpeluk, bercium dan bergomol di khalayak? Mereka yang menjadi “polis moral” adalah mereka yang tidak tahu apa itu cinta. Itu kata mereka.

Menunjukkan rasa cinta hanya perlu berpeluk sahaja? Bukankah menunjukkan rasa cinta adalah lebih dari itu? Sempit sungguh pemikiran yang mengatakan rasa cinta itu hanya peluk dan cium sesama bukan muhrim.

Marilah Berkasih Sayang dan Berukhuwwah Fillah”

Ada Apa Dengan Cinta?

“La yu’minu ahadukum hatta yuhibbu li akhihi ma yuhibbu li nafsihi”

“Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya.”

Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ini adalah antara hadis-hadis pendek tetapi banyak memberikan kesan kepada kehidupan manusia seluruhnya sekiranya ia dihayati sepenuhnya.

Cinta itu adalah kasih-sayang. Cinta itu merupakan elemen motivasi yang paling kuat dalam hidup manusia. Orang yang hidup tanpa wujudnya perasaan cinta di dalam dirinya kehidupannya adalah kosong dan sia-sia.

Kalau kita ini pembaca komik-komik kungfu Cina, kita akan dapati seorang hero itu akan melakukan apa sahaja demi menyelamatkan kekasihnya dan orang-orang yang dicintainya. Dengan semangat cinta itu juga dia berjaya mencapai kedudukan tertinggi dalam ilmu persilatan yang dipelajarinya.

Kerana cinta jugalah, kita mendengar kata-kata, “Lautan api sanggup ku renangi demi untuk membuktikan cintaku padamu.” atau kata-kata, “Ambillah kapak dan belahlah dadaku ini.” Orang yang tidak bercinta tidak akan sanggup mengeluarkan kata-kata yang membunuh diri seperti ini.

Seseorang itu adalah menipu sekiranya mengatakan dirinya tidak memerlukan cinta. Kerana cinta itu satu perasaan luhur anugerah Allah kepada semua hamba-hambanya. Orang yang bercinta merasakan hidupnya berwarna-warni dan sentiasa merasakan keseronokan kerana dilamun perasaan cinta.

Maka alangkah ruginya sekiranya dalam diri kita ini tiada langsung apa yang dinamakan perasaan cinta dan kasih sayang.

Cintanya Nabi saw kepada umatnya tidak pernah padam. Hatta sehingga saat sakaratulmaut pun, Nabi saw masih mengingati umatnya. Nabi begitu kasihkan kita sebagai umatnya sehingga umat akhir zaman ini dimohon diberikan pelbagai nikmat dan rahmat.

Umat terdahulu seperti kaum ‘Aad telah dimusnahkan akibat keengganan mereka tunduk kepada ajaran Nabi Hud a.s, kaum Sadum pula telah diterbalikkan bumi mereka kerana mereka engkar kepada ajaran Nabi Lut a.s, kaum Nabi Nuh pula telah ditenggelamkan semua mereka yang menolak ajaran baginda.

Namun, disebabkan doa Rasulullah, umat akhir zaman ini diberi peluang untuk bertaubat sehingga ke hari Akhirat, malah di dalam bulan Ramadhan, dikurniakan pula satu malam yang mana ianya lebih baik daripada seribu bulan. Umat akhir zaman ini masih belum dimusnahkan walaupun sudah seribu satu maksiat berleluasa di muka bumi ini.

Cinta para sahabat kepada Rasulullah tiada taranya. Kisah perang Uhud membuktikan tujuh sahabat Nabi termasuh seorang wanita, sanggup mengorbankan nyawanya dengan membentuk perisai bagi melindungi nyawa baginda.

Cinta Saidina Abu Bakar kepada baginda pula, sanggup membiarkan ular mematuk tangannya ketika sama-sama bersembunyi di gua Thur. Cinta Saidina Umar terhadap baginda, hinggakan beliau tidak dapat menerima hakikat pada peringkat awalnya ketika wafatnya Nabi saw, cintanya Saidina Uthman kepada Nabi sehingga beliau sanggup membelanjakan keseluruhan kekayaannya demi perjuangan Islam. Cintanya Saidina Ali, beliau sanggup menggantikan tempat tidur Nabi saw dalam peristiwa hijrah walaupun itu adalah pilihan untuk mati.

Muazzin Rasulullah, Bilal b Rabah terus jatuh sakit dan akhirnya menyusuli kewafatan Nabi saw apabila beliau diberitahu yang Nabi saw telah tiada lagi di muka bumi. Ini semua adalah sebahagian kisah cinta generasi sahabat kepada Nabi saw.

Cinta generasi sahabat sesama mereka pula, juga dinukilkan dalam peristiwa Hijrah. Tanyalah diri kita pada hari ini, siapakah di antara kita yang sanggup menceraikan salah satu dari isteri-isterinya untuk diberikan kepada sahabat yang dicintainya? Tanyalah kepada diri kita, siapakah yang sanggup membahagikan hartanya kepada 2 demi untuk sahabat yang dicintainya?

Sedangkan cinta golongan Muhajirin dan Ansar itu, golongan Ansar sanggup menceraikan satu isteri-isteri mereka untuk menjadi pasangan saudaranya dari golongan Muhajirin. Golongan Ansar sanggup membahagi 2 harta kekayaan mereka demi cinta mereka kepada golongan Muhajirin.

Adakah cinta kita sudah menyamai cinta mereka? Berapa ramai di antara kita yang medermakan barang-barang yang paling disukai untuk diberikan kepada pelarian-pelarian perang yang seagama dengan kita? Adakah baju dan pakaian yang kita dermakan itu pakaian yang buruk dan lusuh ataupun masih cantik dan masih disukai oleh kita sendiri?

Berapa ramaikah yang sanggup memberikan derma sehingga kita sendiri tidak dapat makan untuk sehari? Sedangkan itulah yang dilakukan oleh Nabi dan para sahabat, mendermakan semua rezeki yang mereka dapat pada hari itu kepada golongan yang lebih memerlukan.

Cinta itu suci. Tetapi ia menjadi kotor bila kita sempitkan cinta itu hanya untuk cinta lelaki dan perempuan. Cinta lelaki dan perempuan itu suci sekiranya ianya telah disambung dengan ikatan pernikahan.

Sedangkan cinta itu luas. Cinta kita kepada Allah Yang Maha Pencipta, cinta kepada Rasul, cinta kita kepada ibu bapa dan cinta kita kepada saudara-saudara Islam yang lainnya.

Umat Islam hari ini telah kehilangan cinta dan kuasa cinta. Umat Islam hari ini hanya mengenal cinta yang dicorakkan oleh musuh-musuh Islam iaitu cinta asyik masyuk, iaitu cinta Valentine itulah. Cinta yang dibaluti oleh nafsu yang melesukan.

Umat Islam yang cintakan saudaranya tidak akan membenarkan negerinya menempatkan pengkalan-pengkalan tentera untuk menyerang saudaranya.

Umat Islam yang cintakan saudaranya tidak akan menggunakan undang-undang yang zalim untuk menindas saudaranya itu.

Umat Islam yang cintakan saudaranya akan bangkit menyahut seruan jihad bila saatnya telah tiba.

Tidak menyahut seruan jihad bererti kita tidak cinta kepada Islam. Menghalang seruan jihad menunjukkan kita sudah hilang perasaan cinta itu dalam diri kita. Takut-takut untuk menyokong gerakan jihad menunjukkan kita masih lemah imannya.

Ini semua menunjukkan cinta kita adalah cinta kepada dunia dan takut kepada maut. Tidak pernah memohon untuk mati syahid, bererti kita lebih mencintai neraka dari syurga.

Love is a verb. Maka buktikanlah cinta kita melalui perbuatan. Islam tidak akan tertegak sekiranya perbuatan kita masih tidak berlandaskan syariat.

Islam akan terus tertindas sekiranya kita masih belum memboikot barangan pemodal kapitalis-kapitalis Yahudi.

Islam akan terus dizalimi, sekiranya kita masih belum mahu bergerak dalam gerakan Islam, menyokong dan mengundi parti-parti Islam.

Islam akan terus diperintah, sekiranya ayat-ayat Quran itu hanya tercetak cantik di mushaf-mushaf dan tersusun di rak-rak.

Islam akan makin dipersenda, sekiranya kita masih menyakini kata-kata intelektual kuffar berbanding nasihat para ulama’ pewaris nabi.

Islam akan terus berpecah, sekiranya kita masih diselebungi semangat kebangsaan tidak bertempat yang akhirnya menutup usaha membina khilafah yang satu.

Maka didiklah diri kita ini untuk mencintai Islam sepenuh hati kerana hati yang cinta kepada Islam sahaja yang akan terus hidup dan bersemangat untuk memastikan ketuanan Islam akan ditegakkan kembali.

Wallahu a’la wa a’lam.

Oleh: Suzardi Maulan

Labels: